Berita Auto

Leona Chin Menang Tempat Kedua di Renault Clio Cup China

Leona Chin terus memberikan prestasi yang memberangsangkan apabila memenangi tempat kedua dalam kedua-dua perlumbaan dalam siri Renault Clio Cup China yang berlangsung di Litar Antrabangsa Zhuhai (ZIC).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pusingan 9 dan 10 siri itu diadakan sebagai perlumbaan sokongan bagi Le Mans Asia dengan jumlah penyertaan sebanyak 13 buah kereta. Satu-satunya pelumba wanita yang bertanding, Leona berjaya mencatat masa terpantas dalam kedua-dua pusingan iaitu 1:55:957 dan 1:55:833.

Walaupun gagal menghabiskan perlumbaan di tempat pertama, Leona kekal positif. “Saya menghabiskan di tempat kedua lagi, ia perlumbaan yang sukar namun saya telah cuba yang terbaik. Tidak gembira namun ini adalah adat pertandingan; ada menang ada kalah.”

A78A6339

Beliau mempunyai peluang terakhir untuk merebut piala kejuaraan di pusingan terakhir siri tersebut yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Guangdong dari 11 hingga 13 November.

 

Previous post

Kilang Pengeluaran Enjin Daihatsu-Perodua Dilancarkan

Next post

Audi Kuala Lumpur Kini Beroperasi Pada Hari Ahad

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *