Gaya Hidup

Perodua Miliki 40.6% Pasaran Kereta

Nampak gayanya tiada apa atau siapa yang dapat memangkas jualan Perodua. Pada bulan Ogos tahun ini mereka telah menghantar Perodua Bezza mereka yang ke 10.000 kepada Puan Zetty Aswani Fazwin Mahrol Puthil, 28, dari Shah Alam dan dia adalah pelanggan tetap Perodua. Dengan keyakinan penuh dalam jenama dan khidmat selepas jualan yang baik, dia mahukan sebuah Perodua baharu dan Bezza adalah pilihan pertamanya.

perodua-10k

Pembeli kereta seperti Puan Zetty lah sebabnya kenapa market share Perodua dalam pasaran kereta penumpang Malaysia berada sihat di 40.6%.

Harga Perodua Bezza adalah di antara RM37,300 untuk 1.0L yang G standard ( Manual) hingga ke RM 50.800 untuk varian 1.3L Advanced (Automatic).

Seperti Perodua Axia, Bezza dihasilkan daripada kilang Malaysia pertama disahkan EEV. Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd terletak di ibu pejabat pertubuhan itu di Sungai Choh.

 

Previous post

Toyota Eco Youth Menangani Pengurusan Isu Buangan

Next post

Hyundai RN30 Disahkan Untuk Ujian Kelajuan Nurburgring

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *