Gaya Hidup

Market Share Perodua Dianggarkan 36.1% Year-To-Date Dengan 20 Ribu Bezza Dihantar

Perodua berjaya menjual 150,900 kenderaan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, menguasai bahagian pasaran yang dianggarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 36.1% di belakang penghantaran yang sihat model terbaru mereka, Perodua Bezza.

Sejak dilancarkan pada 21 Julai 2016, Perodua telah mendaftar 20,000 Bezza, yang merupakan penghantaran yang paling tinggi pernah dalam tempoh 90 hari bagi model baru dalam sejarahnya. Perodua Bezza adalah sedan kompak pertama pembuat kereta kompak nasional, dimana bahagian atas badan telah direka oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai perbandingan, Perodua menjual 157,500 kenderaan tempoh sembilan bulan pertama 2015.

Bagi suku ketiga tahun ini, Perodua menjual 45,300 kenderaan yang merupakan penurunan sebanyak 7.5% daripada 49,000 yang dicatatkan pada suku ketiga tahun lepas.

Mengenai khidmat selepas jualan, Perodua menyaksikan 1.51 juta pengambilan memasuki 201 pusat perkhidmatan di seluruh negara dari 1 Januari hingga 30 September 2016 berbanding dengan 1.45 juta pengambilan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Test Drive  Win SMS Contest

Mengenai pengeluaran pula, Perodua menghasilkan 153,700 kenderaan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, 9% lebih rendah berbanding dengan 168,300 kenderaan yang dikeluarkan dalam tempoh masa yang sama pada 2015, yang mencerminkan keadaan pasaran perlahan semasa.

Walau bagaimana pun Perodua telah merancang beberapa inisiatif utama untuk memacu jualan pada suku keempat.

Inisiatif ini termasuk “Test Drive dan Win” di mana pemenang berpeluang untuk memenangi Perodua Bezza Advance (dengan aksesori GearUp); dan peluang untuk memenangi percutian ke China. Terdapat juga penjimatan untuk model-model Perodua tertentu bagi bulan Oktober.

“Sila lawati bilik pameran jualan kami yang paling mudah untuk anda dan bercakaplah dengan penasihat jualan kami untuk maklumat lanjut,” pelawa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

UFirst Anniversary Contest  xz

Previous post

Enjin Diesel Mazda SKYACTIV-D 2.2 Diperjelaskan

Next post

Vespa Sprint Adventure Edisi Terhad - RM17,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *