Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad RR Experience Track Day 2016

BMW Group Malaysia menganjurkan acara BMW Motorrad RR Experience Track Day, satu sesi tunggang uji jentera Supersports 4 silinder pertama yang dihasilkan oleh BMW,  lagenda ‘Double R’ – BMW S 1000 RR.

 

Diadakan di litar bertaraf dunia Sepang International Circuit (SIC), tunggang uji dan sesi trek itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada semua penunggang merasai sendiri keupayaan prestasi luar biasa dan teknologi yang ada pada superbike premum itu yang sememannya direka untuk litar perlumbaan.

 

Pelumba Superbike Malaysia, Nasarudin Mat Yusop turut hadir untuk memberi demonstrasi amali, selain berkongsi pengetahuan dan tip-tip menunggang BMW S 1000 RR dengan para pelanggan  BMW Motorrad.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketua BMW Motorrad, BMW Group Malaysia, Owen Riley berkata, “Kami telah menghasilkan motosikal ikonik yang dianggap sebagai kemunck kepada teknologi dan inovasi selama 100 tahun. Sebagai sebuah superbike yang dibina dengan enjin empat silinder sebaris yang cukup berkuasa,  BMW S 1000 RR bukan sahaja telah menetapkan penanda aras baru dalam segmen Super Sport dari segi prestasi, malah melalui inovasi-inovasi teknikalnya.”

 

Jelas Riley lagi, acara BMW Motorrad RR Experience Track Day membolehkan para pelanggan BMW Motorrad di Malaysia untuk menikmati janji yang ditawarkan oleh pemenang dua kali anugerah Sportbike of the Year dan King of the Isle of Man TT itu.

 

“Jenama BMW Motorrad dilihat semakin kukuh di Malaysia dengan BMW S 1000 RR mencatat jualan lebih 80 unit setahun,” kata Riley.

Diperkenalkan sewaktu acara BMW World Malaysia pada tahun 2015, BMW S 1000 RR merupakan kombinasi di antara reka bentuk agresif dan ergonomik yang sporty bersama enjin berprestasi tinggi. Di samping teknologi suspensi serta casis inovatif yang menawarkan kualiti pengendalian terbaik dengan standard kestabilan paling tinggi.

Digabungkan dengan rantai pemasaan aci sesondol yang dipacu oleh gegancu pendek dan bergigi, enjin empat silinder sebaris bersesaran 999cc pada BMW S 1000 RR mampu mencapai ketepatan pemasaan injap dan rpm maksimum yang stabil. Enjin itu berupaya menjana kuasa maksimum 146 kW (199 hp) @ 12,000rpm dengan tork puncak 113Nm.

 

Selain daripada penghantaran kuasa tork yang lancar, BMW S 1000 RR hadir bersama struktur kerangka dan geometri casis baharu untuk ketepatan tunggangan luar biasa serta kualiti pengendalian yang lebih baik. BMW S 1000 RR turut dilengkapi teknologi keselamatan yang mendahului industri seperti Dynamic Traction Control (DTC), sistem ABS untuk kegunaan di litar yang dikenali sebagai Race ABS, serta mode tunggangan yang boleh dipilih oleh penunggang bagi menawarkan prestasi lebih mantap ketika beraksi di atas jalan raya mahupun di litar lumba.

 

BMW S 1000 RR didatangkan dalam warna biru metalik (Lupin Blue Metallic)  dan hitam metalik (Black Storm Metallic) dengan kemasan perlumbaan berwarna merah (Racing Red Highlights).

 

Harga runcit (di atas jalan, tidak termasuk insurans) BMW S 1000 RR ialah:

 

BMW S 1000 RR baharu                   –           RM 104,900.00

BMW Motorrad 02

Previous post

BMW R nineT Pure dan Racer Kembalikan Kegemilangan 1970-an

Next post

Cuba Teknologi Diesel Generasi Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *