Gaya Hidup

Alami Peluang Memandu Keemasan Bersama INFINITI

Sempena Grand Prix Malaysia, INFINITI bekerjasama dengan Renault Sport Formula One untuk menawarkan pemenang bertuah peluang untuk merealisasikan impian mereka memandu kereta Formula One!

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dua orang pemenang bertuah berpeluang merasai pengalaman yang tidak terharga disediakan secara eksklusifnya oleh INFINITI Malaysia. Para pemenang berkesempatan merasai saat adrenalin meningkat yang biasanya hanya dialami pemandu Formula One dari 6-10 December 2016 di Circuit Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol. Semua perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh INFINITI. Para pemenang akan diberi latihan fizikal dan teknik pemanduan teknikal serta mendengar taklimat dan menjalani sesi maklum balas daripada jurutera sebelum mereka memandu kereta Formula One.

Selepas sesi pemanduan individual, pemandu juga dapat menikmati sebuah kereta Formula One yang direka cipta khas untuk dua orang, ianya akan dipandu oleh salah seorang pemandu Formula One yang professional.

Kempen ini bermula dari 1 Oktober hingga 15 November; untuk menyertai kempen ini, para peserta mesti memandu uji kereta di Pusat INFINITI Kuala Lumpur, The Icon @ Jalan Tun Razak, merakam gambar bersama kereta tersebut, memuat naik ke laman sesawang peraduan dan berkongsi ke Facebook untuk mendapat undian. Gambar dengan undian paling tinggi akan menang.

Infiniti-record-sales-1-620x350

Peserta yang membeli dan mendaftar kereta sebelum tamat tarikh peraduan akan diberi ganjaran dan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang dengan undian yang digandakan dengan 10 kali ganda. Untuk terma dan syarat peraduan penuh, sila layari www.infiniti.com.my.

Pengunjung boleh memandu uji pelbagai kenderaan INFINITI seperti Q50 2.0L turbo, Q70 2.5L V6, crossover ikonik QX70 3.7L V6 dan QX80 5.6L V8 yang unggul.

INFINITI juga akan mempamerkan pelbagai model kenderaan di Empire Shopping Mall dari 5-9 Oktober. Orang ramai di jemput hadir untuk beramah mesra dengan penasihat jenama untuk mengetahui tawaran hebat dengan lebih lanjut.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.infiniti.com.my atau hubungi +603 2162 3223.

Previous post

Hyundai RN30 Disahkan Untuk Ujian Kelajuan Nurburgring

Next post

ARRC: West Catat Masa Terpantas di India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *