Motosikal / Roda-Roda

ARRC: West Catat Masa Terpantas di India

Pelumba Australia, Anthony West mencatat masa terpantas buat kali pertama dalam saingan SuperSports 600cc apabila menguasai hari pertama Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Buddh, New Delhi, India, hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelumba Akeno Speed WJR Racing Team itu muncul pelumba tunggal daripada 20 pelumba keseluruhan yang mencatat masa di bawah 1’56s dalam ketiga-tiga sesi latihan dengan catatan terpantas 1’55.912s yang dilakukan pada sesi latihan bebas ketiga sekaligus menambah keyakinannya untuk merebut petak pertama dalam sesi ujian masa, esok.

Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing) yang menguasai sesi latihan bebas pertama dan kedua muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 1’56.367s diikuti Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda), 1’56.667s manakala pelumba negara yang juga merupakan rakan sepasukan Takahashi, Md Zaqhwan Zaidi mencatat masa keempat terpantas dengan masa 1’56.989s.

ZAQH-02

“Saya tidak dapat mencatat masa yang baik pada sesi latihan pertama dan kedua. Jentera mengalami banyak masalah dan saya juga tidak dapat berada lebih lama di litar. Namun keadaan litar agak baik dan menyerupai litar-litar di MotoGP yang agak laju memberi keselesaan kepada saya. Masalah jentera di sebelah pagi menyebabkan saya terpaksa bekerja keras pada sesi terakhir dan tidak menduga dapat mencatat masa terpantas,” jelas West.

Tambahnya, “Saya sukakan litar ini dan pada masa sama rasakan jentera Yamaha mempunyai kelebihan di sini.”

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang kembali beraksi setelah pulih dari kecederaan mencatat masa kesembilan terpantas, dengan catatan 1’57.364s manakala pelumba tuan rumah, Sarath Kumar berkemungkinan gagal untuk meneruskan perlumbaan apabila mengalami patah bahu setelah terjatuh sewaktu sesi latihan bebas ketiga.

APIWAT-01

Dalam saingan Asia Production 250cc, pendahulu keseluruhan, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing) muncul pelumba terpantas dengan masa 2’15.251s diikuti Somkiat Chantra (AP Honda Racing Thailand), 2’15.555s dan rakan sepasukan Apiwat, Peerapong Loiboonpeng ketiga dengan masa 2’16.485s.

Catatan terbaik pelumba Malaysia dilakukan oleh Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha Finson Racing) dengan masa 2’17.268s dan Ahmad Afif Amran (Hong Leong Yamaha) dengan masa 2’17.573s.

Keputusan Latihan Bebas

SuperSports 600cc
1. Anthony West (AUS) Yamaha 1’55.912s
2. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1’56.367s
3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 1’56.667s
4. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1’56.989s
5. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 1’57.025s

Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 2’15.251s
2. Somkiat Chantra (THA) Honda 2’15.555s
3. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 2’16.485s
4. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 2’16.653s
5. Imanuel Putra Pratna (INA) Yamaha 2’16.673s

 

Previous post

Alami Peluang Memandu Keemasan Bersama INFINITI

Next post

Audi Tayang Q5 dan RS3 Sedan di Paris Motor Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *