Motosikal / Roda-Roda

Persaingan Sengit Mencari Pelapis ‘SuperKIP’

Perebutan takhta bagi kategori Cabaran Honda Wave Alpha semakin memuncak apabila kelompok pendahulu saling bertukar kedudukan diantara tiga pelumba teratas menjelang perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, 24 dan 25 September ini.

Berbaki tiga pusingan sahaja sebelum penamat musim 2016, perebutan bagi kategori perlumbaan yang dilihat sebagai misi pencarian ‘SuperKIP’ yang seterusnya diterajui oleh pelumba berusia 17 tahun, Syairul Yusrie Suhaimi dengan mengumpul 135 mata, 15 mata mengatasi Mohd Haikal Syafik Shuhaimi dan Mohd Haziq Mohd Hamdan yang berkongsi kedudukan kedua dengan mengumpul 120 mata.

Penolong Pengurus Motorsport Boon Siew Honda Sdn Bhd, Zulhelmi Ahmad menjelaskan beberapa perubahan strategi yang dilakukan terhadap pelumba membawa banyak perubahan berbanding dominasi satu atau dua pelumba sahaja pada musim-musim lepas.

Zulhelmi (dua kiri) bersama pemenang-pemenang Honda Wave Alpha di Pasir Gudang.

“Tahun ini kami membenarkan beberapa pelumba yang beraksi pada musim lepas untuk kekal dalam perlumbaan satu pengeluar Honda ini. Ini sedikit berbeza berbanding musim lepa dan pada masa sama kita tidak mahu mensia-siakan pelumba yang berbakat namun gagal untuk mendapat tempat di dalam pasukan-pasukan profesional,” jelas Zulhelmi.

“Strategi ini nampaknya membuahkan hasil. Meskipun pada permulaan musim pelumba yang lama mendominasi perlumbaan, namun selepas separuh musim, pelumba rookie mula mendapat rentak dan memberikan cabaran hasil pembelajaran daripada pelumba yang sedia ada terutama ketika di litar. Kami percaya konsep latihan seperti ini dapat meningkatkan kemahiran mereka.”

Perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha merupakan salah satu dari dua landasan perlumbaan yang dikendalikan oleh pengeluar motosikal bersama-sama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Siri perlumbaan satu pengeluar ini semakin mendapat perhatian berikutan kejayaan pelumba yang lahir dari perlumbaan satu pengeluar Honda, Khairul Idham Pawi mencatat sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang memenangi perlumbaan di pentas Kejuaraan Grand Prix Dunia MotoGP.

Previous post

Mitsubishi Buka Pusat 3S di Jalan Chan Sow Lin

Next post

Pencarian Pelumba Cub Prix 2017 Dapat Sambutan Positif

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *