Berita Auto

Mitsubishi Buka Pusat 3S di Jalan Chan Sow Lin

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), bersama dengan pengedar sah Sing Kwung Jidosha Sdn Bhd hari ini telah melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pusat itu yang juga bilik pameran ke-55 MMM terletak di alamat No. 44, Jalan Chan Sow Lin, 55200 Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dengan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM1.5 juta, pusat 3S itu juga menawarkan perkhidmatan ‘body & paint’ untuk pelanggan Mitsubishi.

Berkeluasan 30,000 kaki persegi, pusat itu menempatkan sebuah bengkel yang lengkap dengan bekalan alat ganti untuk kenderaan Mitsubishi. Pelanggan yang membawa kenderaan mereka untuk servis di sini juga boleh mendapatkan khidmat cuci kereta secara percuma.

The Management Team of Mitsubishi Motors Malaysia and Authorized Dealer Sing Kwung Jidosha

Pusat 3S baharu ini turut mempunyai tujuh ruang penyelenggaraan dengan enam pesawar angkat. Ia mampu menyelenggara hingga 24 buah kenderaan dalam masa satu hari.

Bersempena dengan pembukaan pusat itu, pelawat dan pelanggan yang melawat bilik pameran tersebut dari 21 hingga 25 September ini boleh menyertai peraduan ‘Kira dan Menang’ di mana peserta perlu mengira jumlah belon yang diletakkan di dalam Triton Adventure X. Hadiah utama adalah baucar percutian ke Bali bernilai RM1,500.

Dalam tempoh masa yang sama, pelanggan juga boleh menikmati pemeriksaan kenderaan termasuk tayar dan brek secara percuma. Diskaun 15% untuk alat ganti terpilih dan 20% untuk kos buruh bagi kerja ‘body & paint’ juga ditawarkan.

Previous post

Mini Clubman John Cooper Works Miliki 350 Nm Tork

Next post

Persaingan Sengit Mencari Pelapis 'SuperKIP'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *