Berita Auto

Pencarian Pelumba Cub Prix 2017 Dapat Sambutan Positif

Pencarian pelumba muda Kejuaraan Cub Prix – ‘Malaysian Cub Prix’s Rider Search 2017’ yang dimulakan sejak sebulan lalu menerima sambutan positif dengan permohonan oleh ratusan remaja yang berminat untuk memulakan karier sebagai pelumba di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Melihat kepada sambutan menggalakkan, pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd mengalu-alukan remaja berusia 13 hingga 20 tahun untuk membuat permohonan secara terus di Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Taman Perindustrian Temerloh, Pahang pada 24 dan 25 September ini.

“Permohonan untuk menyertai perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha ini menerima sambutan baik. Kami akan mengumpul permohonan sehingga penghujung tahun ini dan akan diserahkan kepada pihak pengeluar untuk melakukan pemilihan sebelum mengumumkan nama pelumba yang terpilih,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Pendaftaran untuk pemilihan pelumba kategori satu pengeluar dibuka sehingga ke penghujung tahun

“Kami ingin jelaskan tentang yuran komitmen berjumlah RM4000 hanyalah untuk mereka yang terpilih beraksi dalam perlumbaan musim 2017. Bayaran ini merangkumi yuran pendaftaran untuk 10 pusingan perlumbaan, insurans dan pelbagai urusan berkaitan manakala pada penghujung musim, pelumba akan memiliki barangan perlumbaan yang mereka gunakan. Bagi urusan permohonan dan ujian pemilihan, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada mereka yang berminat.”

Selain mendapatkan borang permohonan di kawasan promosi Kejuaraan Cub Prix di setiap pusingan perlumbaan, mereka yang berminat juga boleh memohon secara di atas talian di www.malaysiancubprix.com.

“Kelebihan dan kekuatan utama Kejuaraan Cub Prix adalah kerana ia berlangsung hampir ke seluruh negera dan bandar-bandar utama. Dengan membuka peluang permohonan secara terus kepada remaja di luar sana, program ini membuka peluang lebih luas untuk kita melahirkan bakat-bakat dalam negara yang mampu menggegar di pelbagai peringkat perlumbaan,” jelas Ron.

Pengeluar motosikal Honda dan Yamaha sentiasa memainkan peranan penting dalam menyediakan landasan untuk mengembangkan bakat sukan permotoran tanah air selama ini, dimana bakat-bakat muda ini didedahkan dengan perlumbaan dari peringkat awal sebelum dipersiapkan untuk menghadapi cabaran lebih besar pada masa hadapan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antara mereka yang telah mencipta nama melalui perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha ini termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin dan beberapa pelumba lain seperti Zaqhwan Zaini yang berjaya mendominasi perlumbaan di peringkat Asia.

Previous post

Persaingan Sengit Mencari Pelapis 'SuperKIP'

Next post

Peter Schreyer Sambut 10 Tahun Dengan Kia Motors

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *