Gaya Hidup

OD Racing Perkenal Barisan Pelumba dan Jentera Bagi Musim Baru Asian Le Mans

OD Racing, nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan bermotor di rantau Asia, hari ini memperkenalkan barisan pelumbanya yang terdiri dari Fairuz Fauzy, ‘Prince of Drift’ Malaysia iaitu Tengku Djan Ley dan Jono Lester sebagai pemandu ketiga.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berasal dari New Zealand, Jono memulakan kariernya dengan langkah kanan apabila muncul sebagai pemenang perlumbaan Porsche Cup termuda pada usia 17 tahun. Beliau yang merupakan graduan Elite Motorsport Academy dan pemegang biasiswa Presiden pada 2008 juga pernah dinobat sebagai New Zealand Driver of the Year pada tahun 2007.

????????

Bersama-sama dengan Fairuz dan Djan Ley, Jono akan menyertai siri perlumbaan Le Mans Asia bagi musim 2016/2017 dengan menggunakan kereta McLaren 650S GT3. Siri itu akan bermula pada 28 Oktober ini di Zhuhai, China dan akan singgah di Fuji di Jepun dan Buriram di Thailand, sebelum singgah di Sepang untuk pusingan terakhir pada 20 Januari 2017.

????????

Pengumuman itu dibuat pada majlis tandatangan MoU antara OD Alliance (sebuah anak syarikat milik penuh OD Group of Companies) dan Circle K di Kuala Lumpur hari ini.

 

 

Previous post

BMW Group Malaysia Tayang Produksi BMW Shorties bertajuk ‘Pemergian’ (Funeral), Hasil Karya Sky Gan Yu Long.

Next post

Menangi Barangan Mercedes-AMG Formula One dalam Kempen Petronas Race to Win

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *