Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Tayang Produksi BMW Shorties bertajuk ‘Pemergian’ (Funeral), Hasil Karya Sky Gan Yu Long.

BMW Group Malaysia menayangkan ‘Pemergian’ (Funeral), satu hasil produksi terkini BMW Shorties daripada pemenang hadiah utama BMW Shorties 2015, Sky Gan Yu Long. Sama seperti filemnya bertajuk ‘Fish’ yang memenangi anugerah tahun lalu, filem pendek terbaharu Sky ini memaparkan pendekatan penceritaan menerusi adegan-adegan kurang dialog dan mengangkat subjek dengan penuh emosi.

“Apabila saya dan pasukan memenangi geran produksi berjumlah RM75,000, kami melihat satu peluang untuk terus mereka potensi filem yang mempunyai kurang dialog dalam usaha menyampaikan mesej-mesej kemanusiaan dengan mencetuskan emosi dan empati. Kami harap dapat mencapai matlamat tersebut dengan ‘Funeral’,” kata Sky.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mengulas lanjut mengenai inspirasi di sebalik ‘Pemergian’ (Funeral), Sky memberitahu filem pendek tersebut lahir daripada kisah datuknya sendiri yang berdepan dengan kesedihan akibat kematian isterinya.

“Saya selalu percaya bahawa pengalaman mampu membuatkan kita menjadi seorang pencerita yang baik. Lebih dekat seseorang dengan kisah itu, dia pasti dapat menyampaikannya semula secara lebih berkesan. Itulah yang sepatutnya menjadi matlamat dalam pembikinan filem – memberi impak besar melalui cerita-cerita yang bagus.”

‘Pemergian’ (Funeral) berkisar tentang kehidupan seorang peniaga kedai runcit tua yang kematian isteri tercinta. Kebanyakan kisahnya bertumpu kepada pengurusan pengebumian bersama cucunya. Filem ini jelas mencetuskan gabungan emosi – terutama kesedihan dan rasa rindu yang tidak terhingga – semua ini dinyatakan menerusi adegan-adegan yang mengandungi bahasa tanpa suara yang menggambarkan bagaimana beliau cuba untuk meneruskan hidup seperti biasa tanpa kehadiran isteri di sisinya.

Watak utama dilakonkan oleh Yew Tak Chuang, manakala watak cucu digalas oleh Fam Chi Xun. Karekter-karekter yang lain seperti anak lelaki, Auntie Lim dan Uncle Lim pula dimainkan oleh Kong Why Hong, Tan Lay Hong dan Tan Pead.

Berucap pada majlis tayangan tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “BMW Shorties diperkenalkan sebagai satu platform buat peminat filem merancakkan lagi industri pembikinan filem di Malaysia dengan cara meneroka idea-idea baru dan mencabar kebiasaan. Sebagai seorang pembikin filem, Sky menyerlahkan keberanian tersendiri yang membuatkan beliau mempunyai potensi untuk menyertai pergerakan artistik dan mendefinisikan semula sesebuah generasi melalui filem.

“BMW Shorties berbangga kerana berjaya mencungkil bakat Sky dan keupayaan beliau bercerita menerusi filem. Kami percaya bahawa karya-karyanya akan mampu merangsang dan memberi inspirasi kepada pembikin filem yang lain,” kata Han.

Kembali untuk tahun kesepuluh, BMW Shorties 2016 hadir dengan tema “Journey” untuk  meraikan perjalanannya selama sedekad. Tema ini turut bertujuan memberi galakan kepada para pembikin filem baru untuk terus berusaha dan menyatakan tentang kepentingan perjalanan dalam mengukuhkan legasi dalam hidup seseorang.

Pertandingan pada tahun ini dinilai oleh barisan juri yang juga pembikin filem terkenal Malaysia. Mereka terdiri daripada veteran enam kali BMW Shorties dan pembuat filem komersial, Lina Tan; pembikin filem yang memenangi anugerah, Liew Seng Tat serta pembikin filem dan penulis skrip lakon layar yang kian meningkat naik, Nadira Ilana. Bagi meraikan edisi kesepuluh BMW Shorties, pertandingan filem pendek ini juga akan dinilai oleh juri-juri jemputan seperti penyunting filem dan bunyi terkenal dari Thailand, Lee Chatametikool. Selain penerbit filem, penulis serta kurator yang pakar dalam aspek pengurusan filem dan projek-projek media dari Singapura, Yuni Hadi.

Sama seperti sebelum ini, pertandingan filem pendek BMW Shorties akan menawarkan pembikin filem berbakat peluang untuk memenangi hadiah utama iaitu geran produksi berjumlah RM75,000 di samping prospek kerjaya dalam indusri pembikinan filem. Anugerah-anugerah lain untuk pembikin filem berpotensi termasuklah Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Reka Bentuk Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Reka Bentuk Bunyi Terbaik dan Anugerah Pilihan Ramai.

BMW Shorties kini dibuka untuk penyertaan bagi menghantar filem pendek masing-masing sehingga hari Selasa, 8 November 2016. Maklumat lanjut mengenai BMW Shorties dan bagaimana untuk menyertainya, sila layari laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook BMW Shorties  www.facebook.com/bmwshorties.

 

2. (From L-R) Mr. Han Sang Yun, CEO & Managing Director of BMW Group Mal...

Previous post

Subaru XV 2018 Mungkin Kelihatan Seperti Ini

Next post

OD Racing Perkenal Barisan Pelumba dan Jentera Bagi Musim Baru Asian Le Mans

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *