Gaya Hidup

Lihat Model-model Nissan Skyline GT-R Dengan Lebih Dekat di ETCM Jalan Raja Laut

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini sedang mengadakan pameran warisan GT-R di bilik pameran ETCM Jalan Raja Laut dari 23 September hingga 2 Oktober 2016. Pameran itu bertujuan untuk meningkatkan semangat sukan bermotor sambil menghargai GT-R sebagai peneraju prestasi utama jenama itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tarikan utama pameran itu adalah tiga model GT-R iaitu Skyline GT-R R33, R34 dan juga R35. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat salah satu dari 250 unit Skyline GT-R R34 M-Spec Nur yang dibina khas untuk meraikan kejayaan model itu dalam arena perlumbaan.

06_Nissan Skyline GT-R R33

Sejak 1964, Skyline pertama iaitu 2000GT dibina oleh Prince Motor Company sebelum syarikat itu diambil alih oleh Nissan pada 1966. Pada September 1972, Skyline H/T 2000 GT-R C110 muncul dengan nama “GT-R” dan model itu mula dijual pada Januari tahun 1973.

Selepas 16 tahun, nama GT-R diperkenalkan sekali lagi dengan kehadiran Skyline GT-R R32 yang menampilkan enjin RB26DETT yang pernah memenangi All Japan Championships dua kali berturut-turut.

08_Nissan Skyline GT-R R34

Model generasi kesembilan iaitu Skyline GT-R R33 pula dilancarkan pada Januari 1995 dan digunakan dalam perlumbaan Le Mans dalam bentuk Nismo GT-R LM. Ia mendapat tempat ke-10 keseluruhan dan kelima dalam kelas dalam tahun pertama penyertaan.

Skyline GT-R R34 membuat debut kemenangan bersejarah di All Japan Grand Touring Car Championship pada tahun 1999, diikuti oleh tiga lagi kemenangan sebelum dibersarakan pada 2002, menandakan pengeluaran terakhir siri Skyline GT-R.

10_Nissan GT-R R35

Namun, walaupun tidak menggunakan nama “Skyline”, model berstatus lagenda itu dihidupkan kembali dengan pelancaran GT-R R35 di Tokyo Motor Show 2007. Dengan 480 hp dari enjin V6 VR38DETT yang dipadankan dengan kotak gear dwi-klac enam kelajuan, R35 pernah memenangi kejohanan Super GT500 untuk dua tahun berturut-turut.

Selain itu, ETCM turut sempat menyampaikan hadiah kepada pemenang zon tengah kempen “Passion to Win” iaitu Kavitha A/P Rajamanikam, yang membeli sebuah Almera 1.5E AT.

03_Passion to Win Campaign Prize Presentation_August__Central Winner with ETCM Management

Beliau, bersama dengan lima pemenang lain iaitu Jefery Fernandez A/L Freddy, Rossuriana Binti Busu, Wong Yun Kang, Chua Yew Kwang dan Ong E-Laine memenangi lawatan ke Pusingan 7 Super GT 2016 di Buriram, Thailand yang ditanggung sepenuhnya.

Previous post

BMW Golf Cup International 2016 Kembali ke Malaysia

Next post

Alami Kehebatan Mitsubishi Triton MIVEC Turbo Diesel bersama Leona Chin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *