Gaya Hidup / Lifestyle

Yokohama Dilantik Pembekal Tayar Rasmi Bagi Perlumbaan Sepang 1000KM

Yokohama Tyres telah dilantik menjadi pembekal tayar rasmi bagi kejohanan endurance Sepang 1000KM (S1K) yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 September ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SIC yang merupakan promoter dan penganjur kejohanan itu berkata kerjasama dengan Yokohama telah menaikkan lagi status dan imej sukan bermotor nasional itu, yang masuk edisi kelapan tahun ini.

Peserta-peserta S1K akan menggunakan tayar Advan Fleva 195/55/15 dari Yokohama. Turut digunakan sebagai tayar rasmi di pentas-pentas perlumbaan antarabangsa, Yokohama juga pembekal tayar rasmi untuk Malaysia Championship Series (MCS) 2016.

Terbuka untuk kereta-kereta 1600cc, S1K merupakan perlumbaan endurance kedua tersebar selepas Sepang 12 Hours, di mana peserta-peserta berlumba di dalam kereta touring, GT dan supercar berkuasa tinggi. Kejohanan Sepang 12 Hours 2016 akan diadakan dari 9 hingga 11 September.

Sepang1000km

Sesi latihan bebas untuk S1K akan berlangsung pada hari Khamis, 1 September, manakala sesi kelayakan akan diadakan pada hari Jumaat keesokannya. Perlumbaan akan bermula pada pukul 12.30 tengahari pada hari Sabtu, 3 September.

Selain dari S1K, penonton juga akan disajikan aksi dari perlumbaan-perlumbaan lain seperti Formula 4 South East Asia Championship, Asian Le Mans Sprint Cup, Formula Masters China serta Asian Classic Car Challenge.

Previous post

Heng Seng Menjayakan Edaran MYGAZ di Kelantan Dengan Perolehan Trak Scania

Next post

Iklan Mercedes-Benz E-Class Terbaharu Ini Akan Meriangkan Hujung Minggu Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *