Berita Auto

Heng Seng Menjayakan Edaran MYGAZ di Kelantan Dengan Perolehan Trak Scania

Scania Malaysia menyerahkan trak baharu Scania yang pertama kepada Heng Seng & Company (Heng Seng) untuk memenuhi peranan pengedaran ekslusif MyGaz di negeri Kelantan.

Tuan Haji Idros Puteh, Pengarah Jualan Scania Asia Tengara, Scania (Malaysia) Sdn. Bhd., Cawangan Kota Bharu, dengan rasminya menyerahkan kunci trak Scania G460LA6x2MNA dengan kotak gear Opticruise kepada Edward Tan Hoe Een, Rakan Kongsi Pengurusan Heng Seng..

Ditubuhkan pada 1941, Heng Seng yang berpengalaman lama dalam pengedaran gas LPG berkomited menyokong sasaran pengeluaran MyGaz yang disasar dianggar meningkat sebanyak 30 peratus untuk negeri Kelantan.

CSW_0337-1-1

“Dengan perolehan 2 trak Scania yang baru ini, Heng Seng dengan yakinnya dapat menepati perjanjian pengedaran bersama MyGaz. Trak Scania yang berprestasi cemerlang cukup berkuasa untuk menghantar muatan besar sambil memenuhi semua keperluan keselamatan,” kata Edward Tan.

“Bagi saya, Scania merupakan pusat sehenti yang memberi penyelesaian mudah kepada setiap pengusaha syarikat pengangkutan. Scania Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. memproses pembelian beransuran dengan cepat dan Scania Malaysia memberi khidmat persediaan kenderaan dan tawaran pasca jualan secara efisien,” tambah Tan.

Selain menikmati proses perolehan trak yang memudahkan, Heng Seng juga mendapat faedah tambahan seperti khidmat Bantuan Kecemasan Scania (Scania Assistance) percuma selama 2 tahun, Penyelenggaran Scania (Scania Maintenance) percuma selama 2 tahun dan sistem Pengurusan Angkatan Scania (Scania Fleet Management) percuma selama 10 tahun! Semua ini dibekalkan secara standard kepada setiap pembelian kenderaan baharu dari Scania.

 

Heng Seng amat kagum dengan penggunaan Scania Fleet Management System dan memperakui betapa pentingnya mempunyai sebuah sistem pemantauan kenderaan dan prestasi pemandu demi menjimatkan kos operasi dan seterusnya meningkatkan paras keuntungan syarikat.

“Bukan sahaja kami menawarkan teknologi canggih dari segi ekonomi bahan api, kelengkapan keselamatan, dan pemanduan mesra alam, pelanggan Scania juga dapat menikmati manfaat dari segi perkhidmatan pasca jualan seperti Pengenalan Kenderaan, Latihan Pemandu, Panduan Pemandu dan Sistem Pengurusan Angkatan Kenderaan (Fleet Management System). Dengan kombinasi hebat ini, pemandu trak Scania dapat mencapai penjimatan bahan api sehingga 10%,” kata Haji Idros.

“Solusi lestari yang ditawarkan Scania bukan sahaja menjamin operasi mutlak bagi pelanggan, malahan mereka juga akan menikmati taraf keuntungan yang terbaik pada jangka masa panjang,” tambah Idros.

Turut hadir dalam majlis penyerahan kunci tersebut adalah Datuk Mohd Zayad Md Ismail, Pengarah MyGaz dan Bernard Ong, Pengurus Akaun Jualan MyGaz Malaysia Barat.

CSW_0387

Previous post

Lotus Evora 400 Kini Boleh Didapati Dengan Carbon Pack, Ekzos Titanium dan Bateri Lithium Ion

Next post

Yokohama Dilantik Pembekal Tayar Rasmi Bagi Perlumbaan Sepang 1000KM

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *