Gaya Hidup

Volkswagen Malaysia Jadi Penaja Rasmi Filem KL Wangan Arahan Pekin Ibrahim

Volkswagen Malaysia dan Centro Pictures telah menandatangani perjanjian yang meletakkan Volkswagen sebagai penaja rasmi filem ‘KL Wangan’ arahan Pekin Ibrahim.

Menurut Volkswagen, ini adalah kali pertama pengeluar kereta antarabangsa bekerjasama dengan pembikin filem tempatan di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

KL Wangan ialah sebuah filem bertema perlumbaan jalanan yang menampilkan barisan kenderaan Volkswagen yang ikonik termasuk Golf R, Golf GTI, Beetle dan juga Passat baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pekin, yang merupakan peminat dan pemilik Volkswagen, juga akan membintangi filem arahannya itu di samping pelakon-pelakon terkenal seperti Faizal Hussein, Jasmine Suraya, Kazuto, Emily Lin dan Farouk. Penggambaran telah pun bermula sejak 21 Ogos lalu.

 

Previous post

Lamborghini Centenario Roadster Edisi Terhad

Next post

Isuzu Malaysia Rai Ulangtahun Pertama MU-X Dengan Pesta Memancing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *