Berita Auto

Lamborghini Centenario Roadster Edisi Terhad

Kurang enam bulan selepas memperkenalkan Centenario versi coupe, Lamborghini kini kembali dengan Centenario Roadster yang diperkenalkan di Monterey Car Week di Pebble Beach, California baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluaran model yang direka untuk ulangtahun ke-100 Ferruccio Lamborghini itu terhad kepada 20 unit sahaja, dan setiap satu dikatakan dijual pada harga bermula dari 2 juta euro (RM9 juta). Seperti yang dijangka, kesemua 20 unit telah pun mempunyai pembeli.

Lamborghini Centenario Roadster 04

Ada sebabnya mengapa model ini begitu mahal. Pertama, ia menggunakan kerangka dan panel badan yang diperbuat dari gentian karbon untuk mencapai berat optimum iaitu 1,570 kg. Ia juga menggunakan sistem stereng roda belakang untuk mengecilkan radius pusingan serta pengendalian yang lebih stabil.

Lamborghini Centenario Roadster 03

Centenario Roadster mempunyai kuasa sebanyak 770 hp pada 8,600 rpm yang dihasilkan oleh enjin 6.5 liter V12. Dipadankan dengan kotak gear ISR, kereta itu hanya memerlukan 2.9 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan boleh mencapai kelajuan maksimum 350 km/j.

Lamborghini Centenario Roadster 02

Seperti model Lamborghini yang lain, warna dan kemasan bagi Centenario Roadster boleh dispesifikasikan melalui program Ad Personam Lamborghini. Warna perak yang dipanggil “Argento Centenario” ini dihasilkan khas untuk model edisi terhad ini.

Previous post

Tempoh Pengeluaran Ford GT Dilanjutkan Dua Tahun Lagi

Next post

Volkswagen Malaysia Jadi Penaja Rasmi Filem KL Wangan Arahan Pekin Ibrahim

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *