Gaya Hidup

Siri Kejohanan Malaysia Janji Pusingan Kedua Penuh Aksi

 

Siri Kejohanan Malaysia (MCS) 2016 memasuki pusingan kedua hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang. Program tiga hari itu menyajikan pelbagai aksi perlumbaan termasuk kejohanan Formula 4 Asia Tenggara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan enam perlumbaan termasuk sesi latihan bebas dan pusingan kelayakan, MCS pusingan kedua juga akan menampilkan Piala Asia Le Mans Sprint, Siri Touring Car Asia dan Ferrari Challenge Asia Pacific.

Selepas dua perlumbaan memecut ketika pusingan pembukaan pada bulan Mei, MCS hujung minggun ini menyediakan cabaran endurance sepanjang satu jam untuk kejohanan Touring Production dan Malaysia Touring Car.

Dipromosikan oleh Asian Autosport Action Group (Triple A) dan AAM, kejohanan Formula 4 Asia Tenggara juga menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam format satu pasukan, satu buatan, satu data dan satu kos. Ia direka sebagai peralihan kos efektif dari go-kart ke perlumbaan F3, F2 dan F1.

Selepas pusingan pertama yang menarik di Sepang Mei lalu, Piala Asia Le Mans Sprint kembali untuk pusingan kedua dengan peserta baru iaitu PS Racing yang membawa masuk Ligier JS 53 untuk kelas LMP3. Dengan peserta tambahan, Sepang akan menyaksikan sekurang-kurangnya enam kereta LMP3, satu CN dan empat Piala GT. Mereka akan beraksi dalam dua sesi latihan bebas, dua sesi kelayakan dan dua perlumbaan.

MCS Round 2

Sementara itu, Siri Touring Car Asia memasuki pusingan kedua di Sepang. Diasaskan pada 2 Januari 2012, siri itu menampilkan pemandu terkenal dari Asia seperti Danny Stacy Chau, Ip Tak Meng, Jimmy Lee, Lo Ka Chun, Billy Lo, Man Ting Yu dan Hyemin Moon.

Juga terdapat dalam jadual adalah kejohanan Ferrari Challenge Asia Pacific yang memasuki pusingan keempat dari enam pusingan. Kejohanan yang menampilkan kereta 459 Challenge EVO itu bermula di litar Suzuka, sebelum ke Abu Dhabi pada April dan Shanghai pada Jun lalu.

Pusingan kelima akan diadakan sebagai perlumbaan sokongan di Grand Prix Formula 1 Singapura pada bulan September ini dan pusingan terakhir akan berlangsung di Fiji pada bulan Oktober di samping perlumbaan World Endurance Championship. 

Previous post

Lotus Akan Lancar Elise Baharu Hanya Pada 2020

Next post

Continental Tyre Malaysia Lancar Tayar Trak Generation 3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *