Berita Auto

Continental Tyre Malaysia Lancar Tayar Trak Generation 3

Continental Tyre PJ Malaysia telah melancarkan rangkaian tayar trak Generation 3 yang terdiri dari Conti Hybrid HS3, Conti Hybrid HT3 dan ContiUrban HA3. Setiap satu direka untuk pelbagai jenis gandar dan dibangunkan khas untuk keadaan jalan yang unik serata Asia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Continental mengambil peluang untuk mendapatkan maklumbalas dari pasaran dan membangunkan tayar untuk memenuhi keperluan pelanggan Asia. Dengan ciri-ciri teknikal yang inovatif, barisan tayar Conti Hybrid baharu menawarkan lebih perbatuan dan kecekapan bahan api untuk kegunaan maksimum.

Conti Hybrid HS3 yang merupakan tayar gandar kemudi menampilkan selongsong yang lebih baik dan juga wayar besi yang lebih kuat. Ciri penyingkir batu dan tahap ketahanan haba juga dipertingkatkan. Ia sesuai digunakan untuk jalan daerah dan jalan-jalan besar untuk kenderaan seperti lori kontena, pengangkut kereta, dan lori sejuk beku.

Direka untuk gandar trailer, Conti Hybrid HT3 baharu mempunyai corak bunga baharu untuk penggunaan yang lebih optimum. Ia mempunyai selongsong bernilai tinggi dan boleh digunakan beberapa kali. Ia juga mempunyai kegunaan yang sama seperti HS3.

IMG_20160801_104606_HDR

Conti Urban HA3 pula direka khas untuk bas dalam bandar yang sering menggunakan laluan sempit, bahu jalan dan trafik sesak. Dengan kompaun khas dan bunga yang lebar, HA3 mendapat 20% lebih perbatuan dan penggunaan bahan api yang efisyen sebanyak 2% berbanding model terdahulu. Rekaan terbarunya meningkatkan prestasi membrek, ambilan selekoh yang lebih baik serta pemanduan yang lebih stabil.

Semasa pelancaran produk terbaru itu, CTM juga memperkenalkan HDR2+ yang dibangunkan untu kegunaan jarak jauh. Dengan rekaan bunga tayar yang lebih maju dan kompaun kalis air khas, ia menjanjikan 25% lebih perbatuan dari model asal iaitu HDR1.

Ketiga-tiga produk ditawarkan dalam saiz yang mendapat permintaan ramai dalam segmen ini. HS3 boleh didapati dalam saiz 295/80R22.5 sementara HT3 dalam saiz 11R22.5. Selain itu, HA3 boleh didapati dalam 275/70R22.5 dan 11R22.5, dan HDR2+ dijual dalam saiz 11R22.5, 295/80R22.5 dan 315/80R22.5.

IMG-20160801-WA0006

Ia dikilangkan di PJ dan kini boleh didapati di pengedar CTM di seluruh negara – BestDrive, Continental, Dunlop Klinikar, dan Viking Stores.

Previous post

Siri Kejohanan Malaysia Janji Pusingan Kedua Penuh Aksi

Next post

Pandu Uji: Toyota Fortuner 2.7 SRZ

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *