Gaya Hidup

Siri GT Asia Sedia Untuk Musim 2017 Dengan Sokongan Pasukan-pasukan Bertanding

Saingan siri perlumbaan GT Asia akan diteruskan pada tahun hadapan dengan program-program yang diperkembangkan. Perancangan ini juga telah dipersetujui oleh pasukan-pasukan perlumbaan dari Asia yang komited untuk saingan itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Memetik peningkatan persaingan, kejayaan rancangan televisyen global serta kemunculan pemandu-pemandu berbakat dari seluruh pelusuk dunia, Ketua Pegawai Eksekutif Motorsport Asia Limited iaitu David Sonenscher berkata segala rancangan sedia dijalankan untuk membawa GT Asia ke peringkat seterusnya.

“Banyak kerja yang telah dijalankan dibelakang tabir dalam kejohanan tahun ini, dan kami akan meneruskan pembangunan itu untuk musim hadapan. Sejak awal tahun ini, kami telah mendapat banyak maklum balas dari pasukan-pasukan – lama dan baru – tentang kalendar musim 2017, jadi kami akan mengumumkan tarikh-tarikh itu dalam beberapa minggu ini supaya mereka boleh membuat perancangan untuk musim baru,” Sonenscher berkata.

GTAsiaSeries_OIC_R1_start_020716_med

Baru-baru ini Motorsport Asia Limited mengumumkan pengenalan kategori baru bagi siri GT Asia 2017 yang memberikan fokus kepada pemandu amatur, dengan dua tahap persaingan serta hadiah wang tunai. Musim baru perlumbaan itu juga akan menyaksikan pengstrukturan semula kelas Silver-Silver yang bertujuan memberikan peluang kemenangan yang lebih kukuh untuk pasukan-pasukan Pro-Am.

Ia merupakan satu langkah yang disambut baik oleh pasukan-pasukan yang bakal bertanding. Selain itu, satu perlumbaan jalanan akan turut diperkenalkan mulai tahun 2017 untuk terus meningkatkan populariti siri itu.

 

Previous post

Proton Persona Baharu Kini Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Kos Memandu Berteknologi Autonomi Meningkat Dengan Kemalangan Tesla

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *