Gaya Hidup / Lifestyle

PROTON Memperluaskan Operasi 7 Hari Pusat-Pusat Servis

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) telah memperluaskan operasi 7 hari di pusat-pusat servis terpilih yang terdiri daripada cawangan 3S dan 2S, berkuatkuasa pada 6 Ogos 2016. Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengutamakan pelanggan, Syarikat telah memperhebatkan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualannya.

Operasi selama 7 hari ini bertujuan untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan untuk kereta mereka dibaiki dan memberikan lebih pilihan untuk mereka menghantar kereta bagi tujuan servis dan penyelenggaraan pada hujung minggu.

PROTON NEW LOGO

“Apabila kita memulakan operasi selama 7 hari di pusat-pusat servis yang terpilih sebelum ini, ianya hanya menyediakan perkhidmatan servis biasa dan waktu operasi hanya sehingga pukul 12 tengahari pada hari minggu. Tetapi sekarang, bagi pusat-pusat servis yang terpilih kami telah melanjutkan waktu operasi pada hari Ahad iaitu sehingga jam 5 petang. Yang lebih penting, kami juga membenarkan tuntutan jaminan dilakukan pada hujung minggu di mana sebelum ini hanya boleh dilakukan pada waktu bekerja sahaja,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

“Dengan penambahbaikan yang diberikan ini, pelanggam kami kini lebih mudah untuk menghantar kereta mereka untuk diservis dan membuat tuntutan jaminan pada hujung minggu. Ini merupakan antara langkah bagi menyediakan kemuadahan kepada mereka terutamanya jika mereka tidak berkesempatan untuk mengambil cuti pada hari biasa,” tambah Dato’ Fuaad.

Bermula 6 Ogos 2016, 9 pusat servis akan menyediakan perkhidmatan 7 hari ini termasuk tuntutan jaminan dan pembaikan. Dari Johor ke Pulau Pinang, cawangan-cawangan kami yang akan menyediakan perkhidmatan tersebut adalah Plentong, Johor Bahru; Peringgit, Melaka; Senawang, Seremban, Negeri Sembilan; Temerloh, Pahang; Alor Setar, Kedah; Jalan Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Perak; Juru, Seberang Prai, Pulau Pinang; Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan Pusat Kecemerlangan kami di Subang, Selangor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Dari 1 Oktober 2016, penambahan 14 lagi pusat servis akan menyusul dan 4 cawangan seterusnya akan mula memberikan perkhidmatan yang sama pada 1 Disember 2016. Waktu perniagaan bagi kesemua cawangan ini adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dari Isnin hingga Ahad, dan untuk memastikan kekosongan slot bagi servis, pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji di cawangan-cawangan ini, temujanji secara ‘walk in’ juga sangat dialu-alukan. (lihat jadual di bawah). Cawangan-cawangan ini telah dikenal pasti berdasarkan permintaan dan keperluan pelanggan. Walau bagaimanapun, kami akan terus mengkaji dan memgembangkan perkhidmatan ini sekiranya perlu.

Selaras dengan usaha kami untuk memperbaiki kepuasan pelanggan, berkuatkuasa 1 Ogos 2016, PROTON telah melaksanakan kajian semula harga bagi alat-alat ganti terpilih termasuk pengecas turbo, ECU dan himpunan transmisi. Kajian semula harga pada alat-alat ganti ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelanggan menggunakan alat ganti tulen yang sepatutnya dipasang di semua pusat perkhidmatan yang diiktiraf dan membantu memperbaiki kos pemilikan kereta-kereta Proton. Pengurangan harga bagi alat-alat yang terlibat dalam kajian semula harga ini akan menyaksikan pengurangan sekitar 12%-30%.

Screen Shot 2016-08-04 at 10.40.51 PM

 

Open 7 days a week

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Previous post

Ford dan SDAC Tambah Keceriaan Sambutan Merdeka dengan Tawaran serta Promosi Menarik

Next post

'Nyawa Kedua' untuk BMW 507 Milik Elvis Presley

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *