Gaya Hidup

‘Nyawa Kedua’ untuk BMW 507 Milik Elvis Presley

Jika mendiang James Dean terkenal dengan Porsche 550 Spydernya, mendiang Elvis Presley pula sinonim dengan roadster BMW 507 yang dibeli ketika sedang bertugas untuk pasukan tentera Amerika Syarikat di Jerman.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia adalah salah satu kereta yang paling pernah dihasilkan BMW, dengan hanya 254 unit dikeluarkan antara 1955 dan 1959. Kereta dengan nombor casis 70079 itu pernah digunakan oleh pelumba Hans Stuck, sebelum dibeli oleh Raja Rock’n’Roll itu pada tahun 1958.

BMW 507

Kereta itu kemudian dijual pada pengedar Chrysler di New York pada tahun 1960. Selepas beberapa kali melalui pertukaran hakmilik, BMW 507 itu dipercayai hilang sebelum ditemui semula dua tahun lalu.

BMW 507

Ia ditemui dalam keadaan yang menyedihkan. Walaupun badannya masih kekal, kereta itu kehilangan enjin dan kotak gear. Bukan itu sahaja, gandar belakang telah diganti, lantai penuh karat, tempat duduknya usang serta papan pemuka pula telah hilang.

BMW 507

Namun melalui kepakaran BMW Group Classic, kereta itu berjaya dipulihkan. Banyak alat ganti yang terpaksa dihasilkan semula, dan sebahagian darinya dihasilkan melalui proses pencetakan 3D seperti pemegang pintu dan tombol tingkap. Enjin 3.2 liter V8 dibina semula, manakala badannya dicat dalam warna asal “Feather White” menggunakan teknologi 60-an.

BMW 507

Kereta BMW 507 Elvis Presley ini akan dipamerkan pada 21 Ogos 2016 di pertunjukan Concours d’Elegance di Pebble Beach, California.

 

 

 

 

Previous post

PROTON Memperluaskan Operasi 7 Hari Pusat-Pusat Servis

Next post

BMW Mengesahkan Kereta Memandu Dirinya Sendiri Menjelang 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *