Gaya Hidup

Persatuan Teksi Jepun dan Toyota Akhirnya Tandatangan MOU Bekerjasama Untuk Design Teksi

8 Ogos adalah Hari Teksi di Jepun, hari untuk memperingati permulaan operasi teksi pertama di negara itu pada tahun 1912. Juga, Japan Federation of Hire-Taxi Associations  dan Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan bahawa mereka telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk mengkaji kerjasama, untuk membangunkan dan memperkenalkan teksi Jepun di masa hadapan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Hubungan Toyota dengan industri teksi Jepun bermula pada tahun 1936, apabila Toyota Model AA telah pertama kali digunakan sebagai teksi. Sejak itu, kedua-dua pihak telah menubuhkan tradisi perkongsian lama dan penting, yang telah pun diteruskan oleh Comfort Crown semasa.

2

Japan Federation of Hire-Taxi Associations dan Toyota telah menjadi rakan kongsi penting dalam membantu untuk membina teksi Jepun menjadinya yang paling selamat, selesa, perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia  dan akan meneruskan usaha mereka untuk mengukuhkan infrastruktur pengangkutan Jepun.

3

Dengan harapan untuk meningkatkan pemandangan bandar di Jepun, Toyota sedang membangunkan teksi generasi akan datang, di mana reka bentuknya mencerminkan semangat hospitaliti Jepun. Teksi generasi akan datang ini dijadualkan siap pada tahun 2017. Japan Federation of Hire-Taxi Associations dan Toyota berganding bahu dalam usaha ini, untuk meningkatkan kemudahan untuk pelbagai pelanggan termasuk warga tua, keluarga dengan kanak-kanak, dan pelancong luar negara. Pada masa yang sama, mereka menyasarkan untuk membina sebuah masyarakat inklusif yang mengalu-alukan semua, dan pada masa yang sama, menyumbang kepada promosi Jepun sebagai destinasi pelancongan.

Teksi-teksi ini juga akan digunakan untuk mengumpul dan menganalisa maklumat mengenai persekitaran jalanraya, dan menggunakannya untuk pembangunan Mobility Teammate Concept, yang merangkumi visi pemanduan automatik Toyota.

4

Previous post

Kia Motors America Meraikan Rekod Tinggi Jualan Pra-milik

Next post

Renault Koleos Baharu Bakal Tiba, Kini Dibuka Untuk Tempahan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *