Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Dedah Kehadiran BMW 330e Hybrid Baharu Menerusi Kempen #ElectricDrivingPleasure

Kempen ini menyerlahkan visi rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan dalam masyarakat. Mobiliti beroroentasikan masa depan bukan sekadar kenderaan berprestasi tinggi. Mobiliti masa depan juga sebenarnya memperlihatkan kecekapan dan sumber tenaga baharu. Bayangkan sebuah motor elektrik yang canggih dan enjin TwinPower Turbo berfungsi dengan cukup harmoni untuk mendapatkan spektrum keperluan pemanduan tanpa batasan. Ini ialah BMW 330e baharu – bukti pemanduan berorientasikan masa depan dengan kuasa sebenar dan kejuruteraan termaju.

Sempena kehadiran BMW 330e baharu, BMW Group Malaysia menganjurkan kempen #ElectricDrivingPleasure untuk kali kedua. Ia menyerlahkan bagaimana kehidupan rakyat Malaysia berubah menerusi inovasi, idea dan penyelesaian.

Semangat kempen itu dinyatakan oleh Yasmin Rasyid – seorang pakar biologi marin yang juga pejuang alam sekitar. Yasmin merupakan pengasas EcoKnights – sebuah organisasi tidak berasaskan kepada keuntungan yang komited untuk memupuk nilai-nilai berkaitan kelestarian ke dalam masyarakat. Daripada bengkel-bengkel komuniti kepada Project H2O, EcoKnights sememangnya pejuang alam sekitar yang sebenar.

Kisah beliau diceritakan oleh finalis pertandingan BMW Shorties 2013, Paul Gan Yew Hoe menerusi filem bertajuk ‘The Boy Who Rocked the World’.

Tonton filem pendek kedua daripada kempen #ElectricDrivingPleasure di sini:

Previous post

Astra Daihatsu Melancar MPV Segmen-A. Adakah Perodua Akan Mengikutinya?

Next post

Honda Malaysia Tayang Accord Facelift Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *