Berita Auto

Tukar Yang Lama dan Pandu Pulang Kereta Baharu di Hujung Minggu Raya BMW Premium Selection

Hujung Minggu Raya BMW Premium Selection (BPS) yang berlangsung pada hujung minggu ini – 23 dan 24 Julai 2016 – akan menawarkan satu rangkaian kenderaan terpakai yang komprehensif oleh pengeluar kereta premium. Ia disokong Program Jaminan oleh BMW Group Malaysia selama lima tahun yang mendahului industri. Bukan itu sahaja, BPS hadir bersama tawaran penukaran bagi melengkapkan lagi Pengalaman Premium memiliki sebuah kenderaan BMW.

Pembelian dan pemilikan kenderaan yang diluluskan oleh BPS disertakan bersama Program Jaminan BMW selama setahun. Di samping pemeriksaan kenderaan 360º dan pengesahan sejarahnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai tambahan, BPS ada menawarkan Bantuan Tepi Jalan BMW, satu lagi tawaran yang mendahului industri di Malaysia. Ia berfungsi menjaga kenderaan BMW anda sepanjang masa. Sementara Keahlian BMW WhiteCard yang eksklusif pula membuka dunia anda kepada gaya hidup premium, membeli-belah, makan di luar dan menikmati perkhidmatan rakan-rakan premium BMW Group Malaysia.

Program itu juga memastikan penyusutan nilai yang lebih baik untuk kenderaan anda. Selain memberikan ketenangan minda memiliki kenderaan yang bebas kemalangan dan disahkan oleh pihak Puspakom.

Tawaran penukaran (trade-in) istimewa dan terbaik dalam industri ini pada hujung minggu ini turut merangkumi beberapa model BMW 5 Series, BMW 3 Series dan BMW 1 Series yang terpilih.

Lokasi Hujung Minggu Raya BMW Premium Selection adalah seperti berikut:

BMW BPS Hari Raya

 

Previous post

BMW 1 Series Sedan Ini Hanya Untuk Pasaran China

Next post

Mercedes-Benz Malaysia Catat Suku Terbaik Dalam Jualan Dan Kepuasan Pelanggan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *