Berita Auto

BMW 1 Series Sedan Ini Hanya Untuk Pasaran China

Dalam usaha untuk terus meneroka segment kompak premium di China, BMW telah memperkenalkan 1 Series Sedan baharu yang hanya akan dijual di negara tersebut.

Menurut BMW dan rakan kongsinya BMW Brilliance Automotive (BBA), segal aspek model terbaru itu dibina khas mengikut demi memenuhi keperluan pemandu di China. Malah, ia juga telah diuji dengan pelbagai jenis permukaan jalan dan cuaca di beberapa lokasi di negara itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

1 Series Sedan berasal dari kereta Concept Compact Sedan yang ditayangkan buat pertama kali di Guangzhou Motor Show 2015. Konsep itu sebenarnya sudah sedia untuk pengeluaran, jadi elemen-elemen reka bentuk termasuk bentuk badan tipikal jenama itu dikekalkan. Seperti model-model BMW lain, muka hadapannya memaparkan ‘kidney grille’ dan lampu LED.

Ia dibina menggunakan platform UKL yang juga digunakan untuk BMW 2 Series Active Tourer dan X1. Tidak banyak maklumat yang didedahkan setakat ini, namun kereta tersebut dijangka akan ditawarkan dengan pilihan enjin tiga dan empat silinder serta sebuah varian plug-in hybrid.

Previous post

Elak Hausan Start & Terus Pandu Kuat Enjin

Next post

Tukar Yang Lama dan Pandu Pulang Kereta Baharu di Hujung Minggu Raya BMW Premium Selection

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *