Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Catat Suku Terbaik Dalam Jualan Dan Kepuasan Pelanggan

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melengkapkan separuh pertama 2016 dengan satu lagi prestasi pecah rekod. Dengan jumlah penghantaran sebanyak 6,017 buah kenderaan dalam tempoh enam bulan yang berakhir Jun 2016, syarikat premium Jerman itu mencatat perkembangan dua digit iaitu 17% berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mercedes-Benz Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai jenama premium yang terkemuka di negara ini dengan 2.5% bahagian pasaran, mengekalkan rekod jualan unit untuk bulan ke-16 berturut-turut. Tambahan pula, MBM mencapai rekod bulanan terbaik mereka pada Jun 2016 dengan 1,203 unit kenderaan terjual, dan juga suku terbaik pada suku kedua 2016 dengan jumlah jualan 3.359 unit.

Rangkaian servis MBM pula mengendalikan sebanyak 52,700 kenderaan semasa separuh pertama tahun ini, peningkatan sebanyak 18% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Ia juga menrangkul Indeks Kepuasaan Pengguna (CSI) Pasca Jualan terbaik dalam sejarah.

Mercedes-A-Class-1-600x300

Pada bahagian jualan pula, kenderaan penumpang MBM yang dipasang di negara ini melepasi rekod yang dicapai pada separuh pertama 2015 dengan pertumbuhan sebanyak 9% atau 4,146 unit. Segmen ini diketuai C-Class dengan jumlah jualan 2,534 unit (perkembangan sebanyak 130%). S-Class pula mencatat jualan sebanyak 549 unit, sementara 1,063 unit E-Class dihantar kepada pelanggan dalam separuh pertama tahun ini.

Sebanyak 567 unit SUV Mercedes-Benz dijual tahun ini, termasuk 483 unit GLC dan 93 GLE. Dalam segmen kompak, A-Class, B-Class, CLA dan GLA merekod jualan sebanyak 1,278 unit. A-Class generasi baharu mencatat peningkatan jualan sebanyak 18%.

Previous post

Tukar Yang Lama dan Pandu Pulang Kereta Baharu di Hujung Minggu Raya BMW Premium Selection

Next post

Volvo Cars Catat Pertumbuhan Jualan 10.5% Untuk 6 Bulan Pertama 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *