Gaya Hidup

Singha Motorsport Raih Kemenangan di Fuji Dua Kali Berturut-turut

Pusingan ketujuh siri perlumbaan GT Asia 2016 di Fuji International Speedway, Jepun menjadi satu deja-vu buat  Piti Bhirombhakdi dan Carlo Van Dam dari Singha Motorsport apabila meraih kemenangan kedua berturut-turut di litar itu. Ia datang tepat 12 bulan selepas kemenangan pertama mereka di tempat yang sama dan dalam keadaan yang sama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pasukan Craft-Bamboo Racing memulakan hujung minggu mereka dengan baik apabila Richard Lyons mendapat tempat pertama dalam pusingan kelayakan. Dia mendahului peringkat pembukaan perlumbaan, sebelum menyerahkan kereta kepada rakan sepasukan Frank Yu semasa hentian pit. Yu gagal mempertahankan kelebihan yang ada apabila terbabas akibat tumpahan minyak berpunca dari kerosakan enjin.

GT Asia 03

Ini memberi peluang buat Piti untuk memotong pelumba Craft-Bamboo Racing itu dan terus melebarkan jurang antara mereka. Pemenang Fuji 2015 itu berjaya bertahan sehingga ke garisan penamat untuk mendapat tempat pertama, manakala Yu terpaksa bersaing dengan Naiyanobh Bhirombhakdi dan Andrea Amici di peringkat akhir perlumbaan.

Akhirnya perlumbaan berakhir dengan aksi sengit di bahagian lurus utama dengan Huracan dipandu Liberati/Amici berjaya memotong Porsche GT3-R Type 991 milik Yu untuk kemenangan di tempat kedua.

GT Asia 01

*Siri GT Asia – Fuji International Speedway, Jepun *(16 Julai)
*Kelayakan #1* (15 minit)
1. 88. *Richard Lyons* (Craft Bamboo Racing Porsche GT3-R) – 1:52.454
2. 37. Davide Rizzo (BBT Ferrari 488 GT3) – 1:52.954
3. 12. Carlo Van Dam (Singha Motorsport Ferrari 458 GT3) – 1:53.033
4. 6. Alex Yoong (Phoenix Racing Asia Audi R8 LMS GT3) – 1:53.323
5. 8. Jonathan Venter (Absolute Racing Bentley Continental GT3) – 1:53.847
6. 91. Darryl O’Young (Craft Bamboo Racing Porsche GT3-R) – 1:53.870
7. 95. George Miedecke (Miedecke Stone Aston Martin Vantage) – 1:53.884
8. 98. Tim Sugden (GruppeM Racing Porsche GT3-R) – 1:54.043
9. 55. Edoardo Liberati (FFF Racing Lamborghini Huracan GT3) – 1:54.165
10. 5. Shaun Thong (Phoenix Racing Asia Audi R8 LMS GT3) – 1:54.423

*Kelayakan #2* (15 minit)
1. 55. *Andrea Amici *(FFF Racing Lamborghini Huracan GT3) – 1:53.864
2. 37. Anthony Liu (BBT Ferrari 488 GT3) – 1:53.894
3. 95. Ashley Walsh (Miedecke Stone Aston Martin Vantage) – 1:54.066
4. 8. Keita Sawa (Absolute Racing Bentley Continental GT3) – 1:54.110
5. 12. Piti Bhirombhakdi (Singha Motorsport Ferrari 458 GT3) – 1:54.186
6. 5. Marchy Lee (Phoenix Racing Asia Audi R8 LMS GT3) – 1:54.608
7. 88. Frank Yu (Craft Bamboo Racing Porsche GT3-R) – 1:55.410
8. 3. Richard Wee (Clearwater Racing Ferrari 488 GT3) – 1:55.858
9. 7. Andrew Kim (Absolute Racing Bentley Continental GT3) – 1:55.939
10. 9. Vutthikorn Inthraphuvasak (Absolute Bentley Continental GT3) –
1:55.986

*Perlumbaan #1 *(60 minit)
1. 12. *Van Dam/Bhirombhakdi *(Singha Motorsport Ferrari 458 GT3) – 30-laps
2. 55. Liberati/Amici (FFF Racing Lamborghini Huracan GT3) +41.085
3. 88. Lyons/Yu (Craft Bamboo Racing Porsche GT3-R) +44.985
4. 91. O’Young/Bhirombakdi (Craft Bamboo Racing Porsche GT3-R) +45.548
5. 9. Tappy/Inthraphuvasak (Absolute Bentley Continental GT3) +46.183
6. 8. Venter/Sawa (Absolute Racing Bentley Continental GT3) +51.496
7. 6. Yoong/Au (Phoenix Racing Asia Audi R8 LMS GT3) +1:06.696
8. 7. Fong/Kim (Absolute Racing Bentley Continental GT3) +1:08.796
9. 5. Thong/Lee (Phoenix Racing Asia Audi R8 LMS GT3) +1:19.282
10. 95. Miedecke/Walsh (Miedecke Stone Aston Martin Vantage) +1:38.860

 

 

 

Previous post

Peminat Lotus Beri Evora 400 Skim Warna Racing Iconic Ekslusif

Next post

Porsche World Roadshow Kini di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *