Berita Auto

Porsche World Roadshow Kini di Malaysia

Pengimport rasmi kenderaan Porsche di Malaysia iaitu Sime Darby Auto Performance sedang mengadakan Porsche World Roadshow (PWRS) 2016 di Litar Antarabangsa Sepang dari 15 hingga 21 Julai ini. Lebih dari 280 peserta dari serata Asia akan dihidang dengan pengalaman memandu Porsche yang unik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

PWRS adalah adalah satu acara memandu profesional yang diadakan di lebih 45 buah negara di seluruh dunia. Menarik minat lebih 42,000 pelanggan dan penggemar, acara itu menjadi platform yang sesuai untuk mencuba semua model yang ditawarkan.

Porsche World Roadshow 02

Program ini diketuai oleh pelatih profesional Porsche yang bertauliah. Di bawah pengendalian mereka, peserta bukan sahaja dapat menikmati keseronokan memandu Porsche di litar Sepang, malah mereka dapat menguji kemahiran memandu masing-masing. Program PWRS termasuk brek, slalom, pengendalian kenderaan serta sesi off-road, semuanya dilakukan pada hari yang sama.

Porsche World Roadshow 04

Peserta juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat 718 Boxster dan 718 Boxster S yang ditayangkan sebelum pelancaran rasminya. Kedua-dua model tersebut menjanjikan lebih prestasi dan penjimatan minyak dengan enjin boxer empat silinder baharu dengan pengecas turbo baharu.

Porsche World Roadshow 03

PWRS menawarkan peluang bagi peserta untuk mencuba pelbagai kenderaan Porsche di beberapa seksyen berlainan. Kenderaan yang boleh dicuba sepanjang program ini termasuk:

  • 911 Carrera S
  • 911 Carrera S Cabriolet
  • 911 Carrera 4S
  • 911 Carrera 4S Cabriolet
  • 911 Targa 4S
  • 911 Turbo
  • 911 Turbo S
  • 718 Boxster
  • 718 Boxster S
  • Cayman GTS
  • Panamera S E-Hybrid
  • Panamera GTS
  • Panamera Turbo S
  • Cayenne S
  • Cayenne S E-Hybrid
  • Cayenne GTS
  • Cayenne Turbo
  • Cayenne Turbo S
  • Macan
  • Macan S
  • Macan GTS
Previous post

Singha Motorsport Raih Kemenangan di Fuji Dua Kali Berturut-turut

Next post

Ford Hasilkan Mustang "Ole Yeller" Untuk Dibida

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *