Cerita Auto

Ford Hasilkan Mustang “Ole Yeller” Untuk Dibida

Ford telah menghasilkan sebuah Ford Mustang bertemakan penerbangan yang akan dilelong untuk program pendidikan belia persatuan Experimental Aircraft.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diberi nama “Ole Yeller” bersempena dengan pesawat Mustang P-51D “Ole Yeller”, Mustang edisi istimewa ini didatangkan dalam warna kuning yang dipadankan dengan warna hitam, komponen gentian karbon unik serta cermin yang memaparkan imej pesawat tersebut.

Bahagian dalamannya pula menampilkan tempat duduk Recaro yang direka khas, tolok meter yang diinspirasikan oleh penerbangan, serta tikar lantai dan plat dengan logo khas.

09-ole-yeller-shelby-gt350

Ole Yeller asalnya dilahirkan sebagai Mustang Shelby GT350 yang dikuasakan oleh enjin 5.2 liter V8, yang merupakan enjin beraspirasi semulajadi (naturally aspirated) Ford yang paling berkuasa pernah dihasilkan dengan 526 kuasa kuda dan tork 581 Nm. Dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem suspensi dengan talaan sporty, kereta ini sedia untuk mengganas di litar mahupun di jalan raya.

Ia akan dilelong di majlis gala EAA Gathering of Eagles. Hasil bidaan akan disalurkan kepada persatuan tersebut termasuk Young Eagles.

Previous post

Porsche World Roadshow Kini di Malaysia

Next post

Lamborghini Catat Dua Kemenangan Di Itali dan Kejayaan Sulung GT Asia di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *