Gaya Hidup

Mengambil Selfie Bersama Scania Untuk Menangi Hadiah Menarik

Sekiranya anda suka mengambil selfie jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menyertai peraduan ‘ITSASCANIA’ Facebook anjuran Scania Malaysia. Hadiah mingguan yang menarik tersedia untuk dimenangi, tidak ketinggalan Hadiah Utama yang merupakan sebuah tablet bernilai sehingga RM4,000.

 

Peraduan yang berlangsung sehingga 31 Julai 2016 ini amat sesuai untuk disertai  penumpang dan operator bas, koc dan trak, dan sesiapa sahaja yang meminati trak dan bas buatan Scania.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

“Kami tahu ramai orang suka mengambil gambar trak dan bas, dan oleh itu kami bercadang untuk menyediakan landasan mengembangkan minat dan daya kreativiti mereka. Sempena musim perayaan ini, begitu ramai pengguna jalan raya akan sibuk mengambil selfie di merata tempat. Kami berharap dapat melihat gambar-gambar mereka bergembira bersama-sama kenderaan buatan Scania yang mencuit hati,” kata Ian Tan, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Scania Asia Tenggara.

 

Peraduan tersebut dibuka kepada orang awam dan Scania ingin mengalu-alukan semua orang untuk menyertainya bagi memeriahkan lagi perayaan Hari Raya Aidil Fitri dengan menghantar gambar-gambar perjalanan ke destinasi-destinasi menarik semasa mereka balik kampung sepanjang musim cuti ini.

 

Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat peraduan, sila layari:

https://www.facebook.com/scania.malaysia.sdn.bhd/notes

Screen Shot 2016-07-01 at 9.48.51 PM

Previous post

"Apa yang JANGAN dibuat bila memandu balik kampung"

Next post

ANIH Berhad Mantapkan Operasi Di KLK Dan LPT 1 Untuk Hadapi Pertambahan Trafik Pada Cuti Aidilfitri

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *