Gaya Hidup

Kejayaan Mutlak Pertama Buat Amstutz dan Kujala Dalam Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah

Dengan 50 kereta di grid permulaan, satu rekod bersejarah dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah, perlumbaan pertama (dari dua perlumbaan) di Spa-Francorchamps, Belgium itu didominasi oleh Adrian Amstutz dan Patrick Kujala. Duo pasukan Bonaldo Motorsport tersebut meraih kemenangan mutlak pertama musim ini, sekaligus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam kategori Pro-Am.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Sebelum perlumbaan tersebut, pasangan itu hanya mempunyai kelebihan satu mata di hadapan Rik Breukers, diikuti oleh Simone Pellgrinelli dari Imperiale Racing.

Kujala, bersama-sama dengan Amstutz mendominasi perlumbaan dari pusingan pertama hingga yang ke terakhir, walaupun dengan pelepasan kereta keselamatan selepas pertembungan yang berlaku di antara Marco Mapelli (Petri Corse) dan Amir Krenzia (Vincenzo Sospiri Racing) semasa lap pertama. Nicolas Armindo, yang mencatat masa kedua terpantas semasa kelayakan juga terbabas.

Schlegelmich

Aksi bijak dari Harald Sclegelmilch (Artline Team Georgia) selepas bertarung dengan Christopher Zochling dan Florian Spengler menyaksikan beliau mengakhiri perlumbaan di tempat kedua keseluruhan. Ini merupakan kejayaan 2016 pertama buat pelumba itu di dalam kelas Pro.

Tempat keempat dikuasai oleh Vito Postiglione, di hadapan Dennis Lind. Lind, yang mendapat tempat ke-20 semasa pusingan kelayakan, memanjat 13 kedudukan untuk mengakhiri perlumbaan di tempat ketujuh. Beliau masih mempunyai kelebihan empat mata di hadapan pemandu Itali, Rolf Ineichen dan Martin Kodric (kedua-duanya dari Bonaldi Motorsport) yang masing-masing mendapat tempat kelima dan keenam.

Di dalam kelas AM, Nouri Shahin dair Leipert Motorsport meraih kemenangan pertamanya di hadapan Philipp Schlegel dan Shota Abkhazawa. Gerard Van der Horst juga meraih kemenangan pertama buat dirinya dalam kejohanan Piala Lamborghini selepas mengalahkan rakan sepasukan William Van Deyzen dan juga Songyang Fu.

Previous post

Ulasan Ringkas Perodua Bezza

Next post

Perodua Bezza, Banyak Firsts Untuk Segmen Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *