Berita Auto

Ini Dia Renault Mégane Grand Coupé Baru!

Renault telah memperkenalkan model Mégane Grand Coupe yang merupakan ahli terbaru dalam keluarga Megane.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kereta saloon empat pintu itu mempamerkan gaya dinamik dan berprestij melalui bentuk badan yang seimbang dan muka hadapan terkini yang dihiasi lampu berbentuk C. Bumbung kaca yang menghubungkan cermin hadapan dan belakang dihias dengan imej dwi-tona.

Dengan bentuk badan ‘three-box’, Megane Grand Coupe berupaya untuk menyediakan tempat duduk belakang yang luas dan ruang kargo sebesar 508 liter yang boleh diakses melalui sistem ‘Easy Boot Access’.

Renault Megane Grand Coupe 04

Ia menggunakan platform CMF C/D (Common Module Family), dan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti skrin warna TFT 7 inci, tablet multimedia sebesar 8.7 inci, sistem infotainment R-Link 2, Multi-Sense, Easy Park Assist, Advanced Emergency Braking System, Lane Departure Warning dan pelbagai lagi.

Bergantung kepada pasaran, kereta ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol:

  • SCe 115, dengan manual lima kelajuan atau CVT
  • TCe 130, dengan transmisi dwi-klac EDC tujuh jelajuan atau manual enam kelajuan

Renault Megane Grand Coupe 05

dan tiga pilihan enjin diesel:

  • dCi 90, dengan manual enam kelajuan
  • dCi 110, dengan manual enam kelajuan atau EDC enam kelajuan
  • dCi 130, dengan manual enam kelajuan

Model ini akan dipasang di Bursa, Turki dan akan dijual di lebih 20 negara termasuk Australia, Ireland dan negara-negara Eropah dan Timur Tengah.

Renault Megane Grand Coupe 03

 

Previous post

Pemandu V8 Supercar Sertai GT Asia di Fuji

Next post

Shell V-Power Berkerja Macam Mekanik Untuk Engine Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *