Gaya Hidup

Ekstrem Setiap Hari: Kenapa Ford Menguji Perkara Kecil Dengan Bersungguh-sungguh

Pernahkah anda berlalu pergi dari sebuah stesen petrol dengan muncung pam masih ada pada kereta anda? Adakah anda mempunyai anak yang gemar menghempas pintu ketika masuk dan keluar dari kereta? Ford telah bersedia untuk semua kemungkinan itu…

Screen Shot 2016-07-05 at 2.37.56 PM

Daripada laluan sukar yang yang menguji casis ke hadnya, hinggalah ke pelantar yang menguji kestabilan pemegang bekas minuman ketika membelok secara agresif, Ford meletakkan hampir semua elemen ke dalam setiap kenderaan yang dibangunkannya melalui satu rangkaian ujian ekstrem.

 

Di hujung salah satu spektrum ujian itu adalah ujian yang memompa adrenalin di mana kenderaan dicabar untuk mengharung kondisi paling sukar di dunia. Daripada laluan berlumpur di hutan Thailand hinggalah gurun yang panas dan kering di pedalaman Australia. Tidak terkecuali, ujian-ujian ketahanan di kawasan beraltitud tinggi di barat China dengan kondisi yang sangat mencabar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Dari satu sisi lain pula, ujian-ujian yang kurang mencabar tetapi sama pentingnya turut dijalankan. Bagi memastikan pintu kereta tidak rosak ketika dibuka dan ditutup, Ford menggunakan robot untuk menutup dan membuka pintu tersebut hampir 84,000 kali – bersamaan hingga 10 tahun dalam standard penggunaan biasa. Bagi memastikan minuman anda tidak tumpah, Ford memusingkan tempat pemegang botol minuman pada kelajuan 30 pusingan seminit yang merupakan simulasi kepada pecutan, membrek atau mengambil selekoh dengan 0.7 G-force. Untuk menghalang masalah kerosakan tempat mengisi minyak dan penutupnya ketika anda tidak sedar, Ford menguji bagaimana ia memberi maklum balas ketika pemandu memandu kenderaan dengan muncung pam minyak masih digunakan.

 

Ford menjalankan ujian-ujian ini kerana menilai kualiti dan ketahanan sesebuah kereta tidak terhad kepada sejauh mana ia boleh berfungsi dalam cuaca sub-sifar atau memandu jutaan kilometer di atas jalan tidak berturap dengan cemerlang sahaja. Ia juga mellibatkan bagaimana kenderaan boleh menahan masalah kehausan dan kerosakan sepanjang hayatnya. Tidak ada ujian yang terlalu besar atau kecil – di Ford, semua ujian adalah penting.

Screen Shot 2016-07-05 at 2.38.56 PM

“Ujian ketahanan serta kualiti sesebuah kenderaan dalam situasi yang sukar dan tidak diduga memang sangat penting. Tetapi, memastikan kenderaan mampu menjalankan fungsi biasa setiap hari seperti yang dimahukan dan diharapkan oleh pemandu juga sama pentingnya,” kata Penyelia Jurutera Ujian, Ford Asia Pasifik, Simon Varley. “Pergi mendaki gunung mungkin sesuatu yang jarang dilakukan oleh majoriti pemandu, tetapi mempunyai pintu yang boleh ditutup dan dibuka dengan mudah memang penting kepada semua orang.”

Screen Shot 2016-07-05 at 2.43.06 PM

Ford menjalankan ujian ke atas semua kenderaannya di Asia Pasifik menggunakan kemudahan di Pusat Penyelidikan dan Kejuruteraan Nanjing, China serta Pusat Penyelidikan dan Pembangunan di Geelong, Australia. Ujian-ujian ini mensimulasikan bagaimana pengguna berinteraksi dengan kereta mereka pada setiap hari. Ini bagi memberi jaminan bahawa semua      kenderaan Ford mampu bertahan atas apa jua perkara atau rutin yang dilemparkan kepada mereka.

Screen Shot 2016-07-05 at 2.39.24 PM

Di bawah ini merupakan antara ujian yang dijalankan oleh Ford demi memastikan semua aspek kenderaannya mampu bertahan lama:

 

  • Ujian Menutup Pintu, But dan Bonet: Menguji sehingga berapa banyak kali semua komponen ini boleh dibuka dan ditutup sebelum ia menunjukkan tanda-tanda kehausan atau lusuh. Di Ford, pintu, but dan bonet kenderaan dibuka serta ditutup hampir 84,000 kali.
  • Ujian Kestabilan Pemegang Minuman: Menguji kemampuan pemegang minuman anda – daripada botol dan cawan besar McDonald’s yang digunakan dengan meluas di China – diuji dalam keadaan menegak, brek kecemasan, memecut atau membelok. Pemegang minuman dikeluarkan daripada konsol tengah kenderaan dan diletakkan di atas satu pelantar yang berpusing, meniru kondisi tenaga yang berlaku ketika memandu.
  • Ujian Kitaran Pemegang Hendal: Menguji ketahanan pemegang hendal di dalam kereta. Tenaga 1,000 Newton dikenakan ke atas pemegang hendal yang bersamaan seseorang yang seberat 100kg bergayut padanya. Tenaga 450 Newton juga dikenakan ke atas pemegang hendal sebanyak 3,000 kali untuk mensimulasikan seseorang menariknya untuk masuk dan keluar dari kereta.
  • Ujian Corong Pengisi Bahan Api: Simulasi pemandu memandu keluar dari stesen minyak dengan muncung pam minyak corong masih berada pada kereta secara tidak sengaja. Ujian ini untuk memastikan tindakan ini tidak merosakkan pengisi minyak dan penutupnya yang kemudian boleh menyebabkan kebocoran bahan api.
  • Ujian Prestasi Kejutan Suhu: Ujian ini untuk memastikan komponen-komponen kereta yang dicat dan dikrom tidak karat, tertangal atau cacat jika tercalar. Ia dibekukan pada suhu -40 darjah Selsius dan ditembak dengan stim panas.
  • Ujian Panel Badan Kenderaan: Menguji panel-panel badan kenderaan seperti hud, bumbung dan pintu tidak kemek serta menghasilkan bunyi “pop” apabila dikenakan tekanan ke atasnya. Ini bagi memastikan kereta tahan lama dan kukuh jika pelanggan bersandar atas menekan ketika membasuhnya.
  • Ujian Kesan Suhu ke atas Penampilan: Komponen-komponen plastik pada kenderaan seperti bampar dan gril didedahkan kepada suhu tertentu untuk melihat kesan bagaimana ia dipasang. Melihat sama ada komponen itu melentur atau warnanya berubah. Alat-alat ganti ini dibakar pada suhu 50 darjah Selsius selama empat jam. Selain dibekukan pada suhu -40 darjah Selsius selama empat jam. Komponen tersebut juga didedahkan kepada suhu sehingga 88 darjah Selsius yang meniru kesan akibat pancaran matahari selama empat jam lagi.

 

Ujian-ujian ini mungkin tidak mempunyai nilai kejutan yang membawa kenderaan menempuh laluan paling sukar dan mencabar di dunia. Namun, ujian-ujian ini tetap penting dan ekstrem. Jadi, pengguna boleh berasa yakin bahawa hampir semua aspek fungsi kenderaan mereka telah diuji melepasi hadnya. Jadi, pelanggan boleh fokus untuk menggunakan kenderaan Ford mereka sepenuhnya.

Screen Shot 2016-07-05 at 2.38.29 PM

Previous post

Rekod Jun Kia Motors Amerika Dijana Oleh Jualan Separuh Pertama Terbaik

Next post

Kereta Eletrik Penuh Renault ZOE

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *