Berita Auto

Bermaz Motor Lancar Mazda6 dan CX-5 Versi Diesel

Bermaz Motor, pengedar dan pengimport Mazda di Malaysia, akhirnya melancarkan barisan produk diesel SkyActiv-D jenama itu di negara ini bermula dengan Mazda6 2.2L dan CX-5 2.2L.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti yang tertera pada namanya, kedua-dua model tersebut dikuasakan enjin turbodiesel SkyActiv-D bersesaran 2.2 liter empat silinder yang menghamburkan kuasa sebanyak 175 PS pada 4,500 rpm dan 420 Nm jumlah tork pada seawal 2,000 rpm. Turut dikongsikan adalah kotak gear automatik SkyActiv-Drive dengan enam kelajuan yang menggerakkan tayar hadapan.

Mazda6 SkyActiv-D 01

Dari sudut peralatan, kedua-dua CX-5 dan Mazda6 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan adik-beradik versi petrol mereka. Antara yang dimuatkan adalah ciri autonomi i-ActiveSense yang merangkumi Rear Cross-Traffic Alert, Smart City Brake Support, Blind Spot Monitoring serta Lane Departure Warning, yang cuma ditawarkan untuk Mazda6.

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuk enam beg udara, ABS dengan EBD, Emergency Brake Assist, Emergency Stop Signal, Seatbelt Reminder dan ISOFIX.

Mazda6 SkyActiv-D 02

Mazda6 2.2 SkyActiv-D yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) dijual dengan harga bermula dari RM202,830, dengan empat pilihan warna iaitu Soul Red Metallic, Snowflake White Pearl, Sonic Silver Metallic dan Meteor Grey.

Manakala harga CX-5 2.2 SkyActiv-D pula bermula dari RM161,529. Model yang dipasang di Kulim, Kedah ini boleh didapati dalam warna Meteor Grey, Blue Reflex, Arctic White dan Aluminium Metallic.

Mazda CX-5 SkyActiv-D 02

Kedua-duanya didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 km, dan perkhidmatan servis percuma untuk tiga tahun atau 60,000 km.

 

Previous post

Hyundai Dan U.S. DOE Panjangkan Perkongsian Pinjaman Kenderaan Sel Bahan Api

Next post

Elak Hausan Start & Terus Pandu Kuat Enjin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *