Motosikal / Lain Lain Roda

Topi Keledar Ini Boleh Meminta Bantuan Sekiranya Berlaku Kemalangan

Walaupun reka bentuknya tidak ubah seperti topi keledar yang biasa kita lihat di pasaran, ‘Helpmet’ ini mempunyai kelebihan dari segi kemampuannya untuk memudahkan kerja menyelemat jika berlaku kemalangan.

Jika difikirkan, konsepnya sama seperti sistem eCall yang diperkenalkan oleh BMW Motorrad baru-baru ini. Helpmet menggunakan peranti yang biasa ditemui di dalam telefon pintar termasuk kad SIM, GPS, hubungan ke rangkaian, bateri cas semula dan juga sensor impak.

Bagaimanapun, tidak seperti sistem BMW tersebut, Helpmet hanya akan bertindak untuk memanggil bantuan perubatan jika berlaku impak sekurang-kurangnya sebesar 95g. Ini bermakna ambulans tidak akan tiba-tiba muncul di depan rumah jika anda terlibat dalam perlanggaran kecil yang tidak serius.

Bukan itu sahaja, sistem ini juga mewajibkan pendaftaran di laman web khas di mana pengguna perlu mengisi maklumat peribadi mereka. Maklumat ini boleh digunakan untuk memberi amaran kepada petugas keselamatan tentang alahan atau masalah kesihatan yang boleh menjadi perbezaan antara hidup dan mati mangsa.

Previous post

Proton Perdana 2016 Kini Dilancarkan - Harga Dari RM113,888

Next post

Subaru BRZ Series.Yellow Untuk Amerika Syarikat Sahaja

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *