Cerita Auto

Subaru BRZ Series.Yellow Untuk Amerika Syarikat Sahaja

Tak sampai sebulan versi faceliftnya diperkenalkan, Subaru BRZ tampil pula dengan model Series.Yellow edisi terhad. Menurut Subaru of America, hanya 500 unit akan dihasilkan dan kesemuanya akan dijual di negara itu.

Dibina berdasarkan kepada varian Limited lengkap dengan pakej Performance, BRZ Series.Yellow tampil garang dengan warna kuning yang dipadankan dengan elemen-elemen seperti cermin sisi, lencana ‘Subaru’ dan ‘BRZ’, dan juga rim aloi-aluminium 17 inci berwarna hitam.

Subaru BRZ Series.Yellow 02

Tema kuning hitam ini diteruskan ke dalam kabinnya, di mana kemasan Alcantara dan kulit berwarna hitam yang digandingkan dengan jahitan dan sulaman ‘BRZ’ berwarna kuning menyerlahkan lagi sifat agresif kereta coupe ini.

Walaupun prestasi enjin boxernya kekal pada 205 hp dan 211 Nm, pengendalian BRZ Series.Yellow ini diperkemaskan lagi dengan kehadiran penyerap hentak Sachs dan juga brek cakera dari Brembo. Kotak gear manual enam kelajuan tampil sebagai ciri standard, begitu juga dengan LSD Torsen di bahagian gandar belakang.

 

 

Previous post

Topi Keledar Ini Boleh Meminta Bantuan Sekiranya Berlaku Kemalangan

Next post

Suis-suis Dalam Kereta Akan Pupus Tidak Lama Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *