Cerita Auto

Proton Perdana 2016 Kini Dilancarkan – Harga Dari RM113,888

Proton Perdana 2016 akhirnya dilancarkan ke pasaran Malaysia. Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihadiri oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, diiringi oleh Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton dan Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

SONY DSC

Sedan segmen D ini ditawarkan dengan dua varian – 2.0 dan 2.4. Harga bagi varian 2.0 bermula dari RM113,888 manakala harga bagi 2.4 pula bermula dari RM138,888 (harga atas jalan termasuk GST dan insurans).

SONY DSC

Dibina melalui kerjasama dengan Honda, Perdana generasi keempat ini berkongsi casis, enjin dan kotak gear dengan model Accord generasi kelapan. Walaupun begitu, sedan ini menampilkan gaya tersendiri yang diserlahkan melalui ‘Proton Wings’ pada muka hadapan dan garis bumbung agresif di bahagian belakang.

SONY DSC

Dari segi kelengkapan, model 2.0 menerima lampu projektor halogen manakala model 2.4 didatangkan dengan lampu HID lengkap dengan fungsi pelarasan automatik. Kedua-dua varian hadir dengan lampu nyalaan siang, lampu kabus, serta rim 17 inci yang dibezakan melalui jenis kemasan.

SONY DSC

Bahagian kabinnya pula tampil kemas dan teratur dengan kehadiran dua buah skrin pada papan pemuka untuk sistem infotainment Proton dan navigasi. Antara kelengkapan standard lain yang disertakan termasuklah roda stereng dengan kemasan kulit dan fungsi tilt dan teleskopik, penghawa dingin automatik dua zon dengan lubang udara belakang, tempat duduk pemandu dengan fungsi pelarasan lapan hala, tempat duduk belakang boleh lipat, dan juga enam pembesar suara.

SONY DSC

Dari aspek kemasan pula, varian 2.0 mendapat kemasan kulit dan fabrik berwarna hitam manakala varian 2.4 dihiasi kemasan kulit beige yang dipadankan dengan hiasan corak kayu. Selain itu, varian 2.4 juga dilengkapi dengan paddle shifters, fungsi pelarasan empa hala untuk tempat duduk penumpang hadapan serta subwoofer untuk sistem audio.

SONY DSC

Perdana 2.0 yang dikuasakan enjin 2.0 liter empat silinder i-VTEC SOHC mempunyai kuasa sebanyak 154 hp pada 6,300 rpm dan 189 Nm pada 4,300 rpm, manakala Perdana 2.4 dengan enjin 2.4 liter i-VTEC DOHC nya mendapat 178 hp pada 6,500 rpm dan 222 Nm juga pada 4,300 rpm. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan milik Honda.

SONY DSC

Ciri-ciri keselamatan bagi kedua-dua varian Perdana termasuk empat beg udara, ABS dengan EBD, sensor parkir hadapan dan belakang, kamera undur, Isofix dan tingkap anti-perangkap. Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) pula adalah khas untuk Perdana 2.4.

SONY DSC

Proton Perdana baharu boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu Ruby Red, Sterling Silver, Graphite Grey, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold. Ia dilindungi jaminan selama lima tahun atau 150,000 km.

 

Previous post

BMW Amerika Utara Bekal LAPD dengan 100 Kenderaan Elektrik BMW i3

Next post

Topi Keledar Ini Boleh Meminta Bantuan Sekiranya Berlaku Kemalangan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *