Berita Auto

Tempahan Untuk Toyota Sienta, Alphard Dan Vellfire Dibuka

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan yang pengambilan tempahan untuk tiga model MPV baharu iaitu Sienta, Alphard dan Vellfire telah pun dibuka.

Toyota Alphard & Vellfire Booking

Ketiga-tiga model yang dijual oleh UMW Toyota Motor ini didatangkan dengan jaminan penuh lima tahun dengan perbatuan tanpa had, sekaligus memberikan pelanggan ketenangan fikiran serta keyakinan dalam sokongan pasca jualan termasuk alat ganti dari mana-mana pusat servis sah Toyota di negara ini.

MPV kompak ini ditawarkan dalam dua pilihan varian yang dirumus khas untuk menarik minat pelanggan muda. Berikut adalah ringkasan harga untuk model Toyota Sienta:

Toyota Sienta Price

Sementara itu, MPV mewah Toyota Alphard datang dalam varian Alphard 3.5 Executive Lounge and Alphard 3.5, manakala Vellfire pula datang dalam varian 2.5 sahaja. Di bawah adalah ringkasan harga untuk kedua-dua model tersebut:

Toyota Alphard & Vellfire Price

Pelanggan yang ingin menjadi antara yang pertama untuk memiliki MPV ini kini boleh meletakkan tempahan mereka di semua cawangan UMW Toyota Motor dan pengedar sah Toyota di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut , layari www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas 1-800-8-TOYOTA ( 869682 ).

Previous post

Ford Mustang Tiba Di Pasaran Malaysia

Next post

Ford EcoBoost 1.0 Liter Menang Anugerah Enjin Kecil Terbaik untuk Lima Tahun Berturut-turut  

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *