Cerita Auto

Ford Mustang Tiba Di Pasaran Malaysia

Ford Motor Company dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion secara rasminya melancarkan model ikonik Mustang di Malaysia pada hari ini. Malaysia menjadi salah sebuah pasaran terpilih di Asia yang menerima muscle car Amerika itu di Asia.

Ford_Mustang_V8_13

Untuk pertama kalinya dalam tempoh lebih 50 tahun, peminat Mustang di Malaysia boleh memiliki sebahagian daripada sejarah Mustang menerusi dua pilihan enjin yang mengujakan: 5.0-liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa 416PS dan tork 530Nm. Manakala enjin canggih dengan pengecas turbo 2.3-liter EcoBoost pula berupaya menjana kuasa 317PS dan tork 432Nm. Kedua-dua jentera ini menawarkan prestasi mengujakan selain tampil dengan pelbagai teknologi pintar dan selamat.

Ford_Mustang_V8_35

Varian 2.3-liter EcoBoost Mustang ditawarkan pada harga bermula RM488,888 seunit. Manakala 5.0-liter V8 Mustang pula berharga dari RM598,888 seunit, di atas jalan tidak termasuk insurans. Kedua-dua varian ini didatangkan dalam lima warna menarik seperti merah (Race Red), putih (Oxford White), hitam (Shadow Black), biru (Deep Impact Blue) dan Magnetic. Warna kuning Triple Yellow Tri-Coat yang istimewa juga ditawarkan untuk varian 5.0-liter V8.

Ford_Mustang_V8_38

Rekaan Mustang serba baharu yang kemas dilihat cukup moden, maskular dan menjadi interpretasi reka bentuk klasik. Ia kini lebih aerodinamik, menjimatkan bahan api dan berkuasa. Dengan pengendalian dan kawalan stereng yang tepat, ia lebih seronok dipandu berbanding generasi sebelumnya. Dilengkapi lapan beg udara dan sistem ketersambungan SYNC2 Ford dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci, ia juga lebih pintar dan selamat berbanding sebelumnya.

Ford_Mustang_V8_26

Antara teknologi utama dan ciri-ciri keselamatan ialah:

  • MyKey – satu sistem yang menggalakkan tabiat pemanduan yang baik. Misalnya penggunaan tali pinggang keledar, had kelajuan maksimum kenderaan dan menurunkan suara sistem audio
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD) – dalam situasi kecemasan, EBD mengimbangi tekanan brek di antara roda hadapan dan belakang, memberikan pemandu kawalan yang lebih baik
  • AdvanceTrac dengan Electronic Stability Control (ESC)
  • Electric Power Assisted Steering (EPAS) – diubah suai untuk memberikan pemandu kawalan lebih baik dalam apa jua bentuk permukaan jalan dan keadaan cuaca, menerusi mode pemanduan seperti Comfort, Sport dan Normal
  • SOS – Post-Crash Alert System
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
  • Rear View Camera, dengan alat pengesan parkir yang mengeluarkan bunyi amaran
  • Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin

 

 

 

 

Previous post

Naza Quest Tampil Dengan Kempen Hari Raya Chevrolet

Next post

Tempahan Untuk Toyota Sienta, Alphard Dan Vellfire Dibuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *