Gaya Hidup

Naza Quest Tampil Dengan Kempen Hari Raya Chevrolet

Pengedar rasmi Chevrolet di Malaysia, Naza Quest Sdn. Bhd. bersiap sedia untuk musim perayaan yang menjelang dengan kempen tahunan Chevrolet Raya dan kempen Raya Drive Safe.

Chevrolet Raya Campaign 01

Kempen Chevrolet Raya yang berlangsung dari 26 Mei hingga 31 Julai 2016 menawarkan rebat tunai sehingga RM8,888 untuk model Cruze dan Orlando atau perkhidmatan servis percuma untuk lima tahun atau 100,000 km. Sementara itu, model Colorado dan Colorado Sport ditawarkan dengan rebat tunai berjumlah RM3,000.

Chevrolet Raya Campaign 02

Bergantung pada model dan varian, Chevrolet Malaysiamenawarkan jaminan pengeluar selama lima tahun demi ketenangan pemilik. Kenderaan Chevrolet juga mendapat penilaian lima bintang dari Euro NCAP sekaligus mematuhi empat ciri keselamatan iaitu impak depan dan sisi, ujian whiplash dan teknologi pemanduan.

Chevrolet Raya Campaign 03

Bagi kempen Raya Drive Safe , yang juga berlangsung dari 26 Mei hingga 31  Julai 2016, Naza Quest menawarkan langkah pemeriksaan di 40 bahagian dan keahlian Chevy Assist percuma selama setahun.

Selaras dengan kempen-kempen ini, Naza Quest juga melancarkan kempen ‘Pandu Uji & Servis untuk Menang’ dari 26 Mei hingga 15 Ogos 2016. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu uji pandu atau servis kenderaan mereka di bilik pameran yang terdekat dan lengkapkan borang berserta bukti pandu uji/servis.

Chevrolet Test Drive and Win

Tiga cabutan rawak akan dilakukan setiap bulan dan pemenang bakal membawa pulang kamera aksi Xiaomi Xiaoyi Action Cam Shocking Package dengan kayu selfie dan bekas kalis air untuk tempat pertama, kamera kereta DVR HD untuk tempat kedua dan jersi Manchester United untuk tempat ketiga. Pemenang hadiah utama yang akan diumumkan di akhir kempen akan menerima pakej percutian ke Hong Kong dengan kemudahan hotel dan tiket penerbangan pergi-balik untuk dua orang.

Previous post

Peugeot 408 e-THP Serba Baharu - RM143,888

Next post

Ford Mustang Tiba Di Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *