Gaya Hidup

Shell FuelSave Diesel Euro 5 Akan Disediakan Di Lebih 100 Stesen Di Seluruh Negara

Shell Malaysia hari ini mengumumkan bahawa bahan api sulfur yang rendah untuk enjin diesel moden, Shell FuelSave Diesel Euro 5 kini boleh didapati di lebih 85 stesen di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pelancaran bahan api ini adalah selaras dengan rancangan syarikat untuk berkembang ke sekurang-kurang 100 stesen di seluruh negara, menawarkan pemilik kenderaan bahan api yang berkualiti tinggi, diesel cekap bahan api yang boleh membantu mereka mendapatkan prestasi yang lebih baik dan efisian dari kenderaan mereka. Dengan perancangan untuk menawarkan produk ini di jalan-jalan kecil dari Johor ke Pulau Pinang, dan juga di Pantai Timur di Terengganu, Shell berniat memastikan liputan yang luas stesen-stesen yang menawarkan produk ini.

Shell-5

Sejak dilancarkan pada Disember tahun lepas, Shell mendapati bahawa lebih 3,000 kenderaan diesel mengisi minyak setiap hari dengan Shell FuelSave Diesel Euro 5, yang menampilkan Active Efficiency Ingredients dan direka bentuk untuk meningkatkan kecekapan enjin dari tangki pertama, membantu kenderaan menggunakan bahan api dengan perlahan. Lebih daripada itu, bahan api ini juga mempunyai bahan pencuci khas yang direka untuk mengekalkan enjin moden dengan membantu mencegah pengumpulan deposit penyuntik.

Spesifikasi terbaru bahan api diesel dari Shell mempunyai kandungan sulfur ultra-rendah hanya 10 bahagian se juta (ppm) sulfur berbanding 500 ppm sulfur dalam Shell FuelSave Diesel Euro2M.

Shell-0

Shell FuelSave Diesel Euro 5 boleh digunakan semua kenderaan enjin diesel. Walau bagaimanapun, apabila digunakan dengan enjin Euro 5 yang khusus, Shell FuelSave Diesel Euro 5 membolehkan enjin dan kawalan pelepasan sistem canggih untuk mencapai prestasi optimum, hanya kerana mereka telah direka untuknya, di samping mengurangkan pelepasan. Untuk senarai penuh stesen yang menawarkan Shell FuelSave Diesel Euro 5, sila layari www.shell.com/dieseleuro5.

 

Previous post

Mini Kini Tak Lagi Mini ...... Ianya Tinggi, Luas & Serba Boleh

Next post

Craft-Bamboo Lukoil Raih Podium Berganda Di Salzburgring

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *