Cerita Auto

Craft-Bamboo Lukoil Raih Podium Berganda Di Salzburgring

Hujan lebat tidak menghalang pasukan Craft-Bamboo Lukoil untuk mencapai kemenangan podium berganda dalam kejohanan TCR International Series di litar Salzburgring di Austria.

TCR series Salzburgring, Austria 04 - 05 June 2016

Pepe Oriola menamatkan sesi ujian dengan cemerlang, sekaligus meletakkan pelumba kelahiran Sepanyol itu di tempat pendahuluan pada perlumbaan pertama. Walaupun mempunyai kelebihan besar, kerosakan enjin telah memaksa Oriola untuk pulang awal.

TCR series Salzburgring, Austria 04 - 05 June 2016

James Nash mempunyai nasib yang lebih buruk dalam pusingan kelayakan dengan isu differential yang menghalang beliau untuk mencatat sebarang masa dalam kedua-dua sesi. Bagaimanapun, dengan bantuan mekanik, Nash berjaya memotong 13 pelumba lain untuk menggondol kedudukan kedua perlumbaan.

TCR series Salzburgring, Austria 04 - 05 June 2016

Sementara itu, Sergey Afanasyev yang sedang mengejar pelumba lain terbabas dan terus terkeluar dari perlumbaan akibat sebuah insiden. Pasukan itu berjaya membaiki kereta Afanasyev untuk perlumbaan kedua, tetapi beliau terpaksa bermula dari petak ke-15. Ditambah dengan hujan lebat, ia nyata tidak menjadi halangan buat Afanasyev untuk naik ke podium di tempat kedua.

TCR series Salzburgring, Austria 04 - 05 June 2016

Nash juga tidak membiarkan hujan menghalangnya dengan menamatkan perlumbaan di tempat keempat walaupun bermula di petak ke-13. Kejuaraan pemandu menyaksikan Oriola di tempat kedua dengan perbezaan satu mata di belakang pendahulu, Nash di tempat ketiga dan Afanasyev di tempat ketujuh.

Pasukan Craft-Bamboo Lukoil kini berada di tempat teratas dalam kejuaraan pasukan dengan jurang 43 mata.

 

 

Previous post

Shell FuelSave Diesel Euro 5 Akan Disediakan Di Lebih 100 Stesen Di Seluruh Negara

Next post

Terlalu Cool: Renault Twingo GT Dengan 110 hp Dari Enjin 898cc

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *