Gaya Hidup

Saingan Sengit Hangatkan Siri GT Asia Di Thailand

Sesi latihan siri perlumbaan GT Asia di Litar Antarabangsa Chang menyaksikan saingan sengit antara pelumba, ditambah pula dengan cuaca panas terik 38,  suhu litar yang mencapai 50 dan suhu kabin sehingga 60. Cuaca bertambah baik dan mula menyejuk ketika sesi penutup, di mana pelumba-pelumba mengambil kesempatan untuk memperbaiki catatan masa untuk mendapat kedudukan terbaik.

Akhirnya, tiada pelumba yang dapat mencabar rekod masa 1:32.438 yang dicatat Duncan Tappy tahun lepas – termasuklah Tappy sendiri. Bagaiumanapun, beliau yang mewakili Team Absolute dengan kereta Bentley muncul sebagai pemandu terpantas tahun ini di hadapan rakan sepasukannya Adderly Fong.

GTAsiaSeries_BIC_FFF_Huracan_2_100616_med

Di belakang mereka adalah pelumba-pelumba Itali iaitu Andrea Amici dan Edoardo Liberati dari pasukan FFF Racing. Bakat-bakat muda yang sedang meningkat naik itu diikuti rapat oleh Jonathan Venter dan Fabian Hamprecht, Anthony Liu /Davide Rizzo dan juga Marchy Lee/Shaun Thong dari Korea Selatan.

Pemenang 24 Hours of Nurburgring baru-baru ini Carlo Van Dam juga berada ditengah-tengah aksi di Buriram dengan Ferrari 458 Italia Singha Motorsportnya. Pelumba Belanda itu tidak jauh ketinggalan di belakang 488 GT3 yang dipandu Liu dan Rizzo, dan Audi emas milik Lee dan Thong dari Pheonix Racing Asia.

GTAsiaSeries_BIC_GTC_Ferrari_89_100616_med

Sesi latihan itu juga dikejutkan dengan Porsche Craft-Bamboo Racing yang berada jauh di belakang barisan pelumba. Walaupun begitu, pasukan berpengalaman dari Hong Kong itu tampak fokus dengan strategi perlumbaan mereka.

 

Previous post

Unit Kuasa Yang Unik Dan Badan Innovasi Janjikan 'Response Segera' Untuk Pemandu Honda NSX

Next post

Tin Sritrai Hadapi Cabaran Hebat Di Siri TCR Asia Di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *