Gaya Hidup

Promosi Balik Kampung Raya Proton Serendah RM367 Sebulan

Rebat sehingga RM3,000 bagi model-model 2016 terpilih dan pelbagai tawaran hebat sehingga 30 Jun 2016.

Diskaun 15% bagi alat-alat ganti Proton bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2016.

Diskaun 20% bagi kos pekerja bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2016.

20 mata pemeriksaan keselamatan percuma di semua pusat servis yang diiktiraf bermula sekarang hingga Hari Raya dan di stesen-stesen minyak terpilih seminggu sebelum Hari Raya.

proton-1-600x397

Sempena sambutan perayaan yang akan datang, PROTON Holdings Bhd (“PROTON” atau “Syarikat”) melalui anak syarikatnya, PROTON Edar Sdn Bhd (“PROTON Edar”) mengumumkan promosi Hari Raya dan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma untuk pemilik kereta Proton di semua pusat servis yang sah di seluruh negara.

Promosi perayaan ini termasuk penjimatan-penjimatan menarik bagi setiap pembelian oleh semua pelanggan dan juga pemilik Proton. Pelanggan yang berminat untuk membeli kereta-kereta baharu terutamanya pada musim perayaan ini akan menikmati penjimatan sehingga RM3,000 bagi model-model 2016 yang terpilih, dengan ansuran bulanan serendah RM367 untuk sebuah Proton Saga.

Proton-Inspection-600x397

Selain daripada promosi perayaan ini, Syarikat juga menganjurkan kempen pemeriksaan keselamatan percuma sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan untuk pelanggannya. Mengulas mengenai kempen yang telah menjadi kelaziman semasa musim perayaan, Encik Rohime Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar berkata, “Kami telah menjalankan pemeriksaan keselamatan ini selama 3 tahun terturut-turut dan ini adalah kerana PROTON sentiasa mengutamakan keselamatan terutamanya semasa musim-musim perayaan dan percutian.”

Proton-Persona-2-600x369

“Inisiatif ini juga adalah penting dalam menyokong seruan kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan dan cuti sekolah. Pemeriksaan keselamatan ini merangkumi pemeriksaan sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah. Di samping itu, kami juga menawarkan pelbagai diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih seperti absorber, brek, klac dan tali sawat pemasaan. ” tambah Rohime.

Selain daripada diskaun yang ditawarkan bagi alat-alat ganti yang tertentu, PROTON juga akan menawarkan diskaun khas ke atas kos pekerja untuk pelanggan yang menghantar kereta mereka ke pusat servis PROTON. Kempen ini bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2016 di semua cawangan PROTON di seluruh negara.

Bagi warga kota yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan, PROTON juga akan berada di beberapa lokasi stesen minyak di seluruh negara seminggu sebelum menjelang Hari Raya agar pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan bagi kereta mereka sewaktu dalam perjalanan ke destinasi. Lokasi bagi stesen-stesen minyak akan diumumkan kemudian. PROTON Holdings Berhad (623177-A) T (+603) 8026 9501 F (+603) 8026 9268

Proton-Iriz-600x371

Bersempena promosi Hari Raya dan sebagai sebahagian daripada inisiatif PROTON untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggannya, perkhidmatan Ambil dan Hantar juga disediakan kepada mereka yang tidak berpeluang menghantar kereta mereka sebelum cuti perayaan terutama di kawasan Lembah Klang seperti Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri dan Seksyen 13, Petaling Jaya. Ini adalah untuk menggalakkan pelanggan dalam kawasan 5km daripada pusat servis untuk kereta mereka diambil dan diservis pusat servis berkenaan. Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan yang telah membuat temujanji dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi terkini serta tawaran penjimatan, sila layari laman web PROTON Edar di www.proton-edar.com.my atau hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1-800-888-398.

Promosi Raya PROTON

Previous post

Barisan Artis Grand Prix Singapura 2016 Diumumkan - Queen + Adam Lambert, Kylie Minogue, Bastille, Pentatonix & KC and the Sunshine Band

Next post

Harga Lithium Naik Tapi Harga Bateri Kereta Stabil

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *