Berita Auto

Pengeluaran Global Mazda 3 Mencapai Lima Juta Unit

Mazda Motor Corporation telah mengumumkan bahawa jumlah keseluruhan pengeluaran Mazda3 (dikenali sebagai Mazda Axela di Jepun) mencecah lima juta unit pada akhir April 2016. Ia adalah Mazda kedua untuk mencapai lima juta unit pengeluaran, berikutan Mazda Familia. * Mazda3 menetapkan rekod baru untuk Mazda dengan mencapai angka pencapaian dalam hanya dua belas tahun dan sepuluh bulan sejak pengeluaran model yang bermula pada Jun 2003.

Mazda3 adalah model teras untuk Mazda, iaitu kira-kira satu pertiga daripada jumlah jualan tahunan syarikat itu. Ia dihasilkan di Loji Hofu di Jepun, Changan Mazda Automobile Co., Ltd., di China, AutoAlliance (Thailand) dan Mazda de Mexico Vehicle Operation di Mexico. Ia juga dipasang di Malaysia dan Vietnam.

Mazda-3-sedan_1

 

Previous post

Perodua Dan Petronas Lubricants Tandatangani Perjanjian Bernilai RM355 Juta

Next post

BMW Group Malaysia memberi “teaser” tentang pengenalan Model BMW X5 xDrive 40e Hybrid menerusi kempen #ElectricDrivingPleasure.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *