Gaya Hidup

BMW Group Malaysia memberi “teaser” tentang pengenalan Model BMW X5 xDrive 40e Hybrid menerusi kempen #ElectricDrivingPleasure.

Kempen ini mengetengahkan rakyat Malaysia yang berpandangan jauh untuk melakukan perubahan dalam masyarakat dan komuniti.

BMW (3)

Mobiliti masa depan seharusnya menawarkan keseronokan memandu, selain mengurangkan emisi dan penggunaan bahan api. Pada masa yang sama melengkapkan setiap inci kenderaan dengan kuasa dan dinamik. Bayangkan enjin BMW TwinPower Turbo yang berkuasa digabungkan dengan motor elektrik bercekapan tinggi untuk menawarkan kualiti pemanduan mengujakan dan kecekapan luar biasa – di sinilah pemotoran premium masa depan bermula.

Sempena ketibaan model BMW X5 xDrive 40e serba baharu, BMW Group Malaysia menganjurkan kempen #ElectricDrivingPleasure. Kempen ini menunjukkan tentang rakyat Malaysia yang ingin melakukan perubahan menerusi inovasi, idea dan penyelesaian.

BMW (2) (1)

Kempen ini dimulakan oleh Dr. Rajiv Bhanot, seorang doktor perubatan, usahawan sosial serta humanitarian yang menyahut cabaran untuk menamatkan masalah kekurangan air di dalam negara dan seluruh dunia melalui H2O Saver. H2O Saver merupakan satu inovasi berasaskan nano yang beliau terokai daripada Tentera Britain. Teknologi itu mampu menukar air daripada sumber asli menjadi air yang selamat diminum dan untuk kegunaan harian.

BMW (5)

Kisahnya diceritakan oleh finalis pertandingan BMW Shorties 2015, Gordon Ling Fu Chur dalam filem beliau yang bertajuk ‘Tuck’.

Tonton filem pendek pertama daripada kempen #ElectricDrivingPleasure di laman web: www.bmw-electricdrivingpleasure.com

BMW (1) (1)

Previous post

Pengeluaran Global Mazda 3 Mencapai Lima Juta Unit

Next post

Volvo XC90 T8 Twin Engine Versi CKD Dilancarkan - Harga Dari RM403,888

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *