Cerita Auto

Perodua Dan Petronas Lubricants Tandatangani Perjanjian Bernilai RM355 Juta

Perodua Sales Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perodua dan PETRONAS Lubricants Marketing ( Malaysia) Sdn Bhd (PLMM) , anak syarikat milik penuh PETRONAS Dagangan Bhd hari ini menandatangani perjanjian bernilai RM355 juta.

Perodua Petronas 03

Di bawah perjanjian baharu ini, PLMM akan membekalkan 17 juta liter minyak enjin (peningkatan 21% berbanding kontrak sebelum ini)  kepada Perodua untuk tempoh lima tahun. Kontrak itu juga merupakan kesinambungan kerjasama antara kedua-dua syarikat yang sedia ada sejak 2003.

Perodua Petronas 02

Ia turut menyaksikan pelancaran rangkaian minyak enjin dengan gred lebih tinggi yang melebihi standard API SM. Produk ini ditawarkan kepada pelanggan Perodua yang melakukan servis di bengkel kereta bebas atau sendiri. Ia akan dijual bermula September ini dan harga akan diumumkan kemudian.

Perodua Petronas 01

Menurut Perodua, produk baru ini memberikan perlindungan penuh dengan ketahanan pengoksidaan yang lebih baik dan juga perlindungan lebih tinggi dari deposit karbon, sekaligus meningkatkan prestasi enjin. Ini bermakna ia menyediakan perlindungan yang diperlukan oleh enjin Perodua.

Teknologi yang digunakan juga memanjangkan selang masa pengaliran minyak dan pada masa yang sama, menjimatkan penggunaan bahan api.

 

 

 

Previous post

Enjin Tahunan Antarabangsa : Audi 2.5 TFSI Adalah Terbaik Dalam Kelas

Next post

Pengeluaran Global Mazda 3 Mencapai Lima Juta Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *