Gaya Hidup

Jualan Bulan Mei Ford Meningkat. Dipacu oleh Ranger Baharu yang Lasak, Pintar

Ford hari ini mengumumkan jualannya pada Mei di Malaysia yang menokok sebanyak 8 peratus berbanding April kepada 703 unit.

Prestasi itu dipacu oleh permintaan yang memberangsangkan terhadap trak pikap Ford Ranger baharu. Jualan trak pikap itu meningkat sebanyak 13 peratus pada Mei berbanding April kepada 590 unit. Ini mewakili pertumbuhan jualan Ranger untuk empat bulan berturut-turut.

Ranger yang dibina berasaskan kepada falsafah ‘Built Ford Tough’ merupakan trak pikap paling berkuasa di Malaysia. Ia menawarkan kemampuan menunda dan mengangkat beban yang luar biasa. Dengan kemampuan mengharung air yang menerajui kelasnya sehingga 800mm. Semua ini dilengkapkan lagi dengan rangkaian teknologi keselamatan dan pintar, termasuklah sehingga enam beg udara.

“Kami berbesar hati kerana pPara pelanggan di Semenanjung dan Malaysia Timur cukup menghargai versatiliti Ranger, sekali gus menjadikannya sebuah kenderaan yang sempurna. Sama ada sebagai sebuah trak pikap untuk tujuan kerja atau kenderaan keluarga yang mesra keluarga,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

Jualan SUV Everest juga bermula pada Mei. SUV bersaiz besar itu menampilkan pelbagai ciri off-road dan on-road yang mengagumkan. Selain teknologi termaju serta ruang dalaman yang selesa untuk tujuh orang penumpang. Ia juga merupakan SUV paling berkuasa dalam kelasnya. Everest hadir bersama ciri-ciri keselamatan yang mendahului segmennya seperti tujuh beg udara dan telah dianugerahkan rating keselamatan 5 bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN NCAP.

Mei turut menyaksikan Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion menganjurkan siri jelajah yang menampilkan barisan model terbaharu Ford. Siri jelajah yang diteruskan pada bulan ini melibatkan lokasi di AEON Mall, Klebang, Perak; Mydin, Gong Badak, Terengganu dan Giant Mall, Sandakan, Sabah. Maklumat lanjut, sila layari laman web:  www.ford.com.my/ford-roadshows

Photo 1 - Ford Ranger (1)

 

 

Previous post

Ford Masukkan Moto 2.7 liter Twin Turbocharged EcoBoost Kedala Fusion

Next post

Pembukaan Rasmi Pusat Pameran 3S Proton Di Chile

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *