Motosikal

Honda RS150R Dilancarkan – Harga Dari RM8,213

Boon Siew Honda hari ini memperluaskan barisan modelnya dengan pelancaran kapcai Honda RS150R baharu. Model itu yang turut dikenali sebagai Supra GTR 150 di Indonesia dan Winner 150 di Vietnam merupakan kapcai 150cc pertama yang dihasilkan oleh Honda.

SONY DSC

Menurut syarikat itu juga, RS150R merupakan motosikal ‘cub’ premium yang diletakkan di atas model Wave Alpha dan Wave Dash dari segi harga. Ia akan dijual di semua pengedar sah Boon Siew Honda bermula Ogos ini dengan harga bermula dari RM8,213.94 hingga RM8.372.94 (termasuk GST, tanpa insurans).

SONY DSC

Dari segi reka bentuk, RS150R mempunyai bentuk badan agresif, bentuk muka dan lampu hadapan LED yang tajam serta rangka badan yang berlapis. Casisnya yang terdiri dari rangka tiub berkembar dipadankan dengan sepit udang hadapan teleskopik dan suspensi monoshock di belakang.

SONY DSC

Ianya dikuasakan oleh enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair yang dipadankan dengan PGM-FI iaitu sistem suntikan bahan api terancang oleh Honda. Unit ini menawarkan tujahan kuasa 15.6PS pada 9.000 rpm dan tork 13.5Nm pada 6,500 rpm, yang dihantar ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan.

SONY DSC

Honda RS150R yang seberat 123 kg ini juga membawa tangki minyak sebesar 4.5 liter dan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Ianya ditawarkan dalam dua varian dan empat warna – Metallic Red, Repsol, dan Advance dalam warna Matte Blue dan Matte Black.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Previous post

Versi Tesla Model S D 90 Mampu Jarak 300 Batu

Next post

McLaren 650S Ditala Oleh GEMBALLA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *