Gaya Hidup

Honda R & D Innovation Lab Akan Datang Akan Bekerjasama Dengan Pakar Luar

Honda R & D Sdn Bhd, anak syarikat penyelidikan dan pembangunan Honda, telah mengumumkan rancangan untuk menubuhkan Honda R & D Innovation Lab Tokyo sekitar September tahun ini di Akasaka, Tokyo. Operasi baru yang akan berkhidmat sebagai tempat untuk “penciptaan-bersama” – di mana Honda akan berusaha untuk bekerjasama dengan pakar-pakar luar dan institusi penyelidikan yang lain.

Pada tahun 2003, Honda R & D menubuhkan Honda Research Institute (HRI) untuk tujuan menggembangkan penyelidikan pintar canggih yang meneroka bidang baru di luar kejuruteraan mekanikal, termasuk bidang penyelidikan otak dan pengiktirafan visual / aural. HRI telah mengusahakan pelbagai projek penyelidikan sambil mewujudkan satu rangkaian penyelidik global  dalam bidang sains maju melalui operasi HRI di Frankfurt Jerman, Silicon Valley dan Columbus di Amerika Syarikat dan Wako-City di Saitama Prefecture, Jepun. Di Silicon Valley, Honda R & D juga telah menubuhkan operasi satelitnya, Honda Silicon Valley Lab (HSVL), yang telah bekerjasama dengan operasi HRI di Amerika Syarikat dan membuat kemajuan dalam beberapa bidang termasuk penemuan teknologi di kalangan  syarikat-syarikat start-up tempatan .

 

 

Previous post

Absolute Thai Hot Pot. Bangsar Village I. Jejak Makan ROSS Eat Beat Ep. 30

Next post

Lamborghini Raih Kejayaan Pertama Di GT Terbuka Antarabangsa

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *